Sunday, November 20, 2011

DAGING PAPRIK

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua..tengah2 malam buta baru tuan umah dapat pegang cik lappy..Mesti semua dah lena diulit mimpi yang indah..Siang tadi dah kepenatan keluar jalan2 dgn family kan..Tapi sebelum tu jom kita jamu mata di malam hari nidengan resepi Daging Paprik..Yana buat untuk makan malam tadi..Juz untuk en.H jer..Yana jeling2 manja jer tengok dia makan tapi sempat jugak 2 3 keping daging masuk mulut nii hikhikk..

Resepi yang simple jer nak abiskan daging yang masih lagi banyak..2 3 kali lagi bleh masak..Lepas ni fikir lagi nak masak apa..Pe2pun malam ni kita layan Daging Paprik dulu..kejap lagi nak layan mimpi pulak..Esok tak tau sempat ke tak nak pegang cik lappy..banyak pulak agenda yang menanti..jom layann :=)

DAGING PAPRIK


BAHAN-BAHAN:-

150 gm daging lembu ( yana rebus dulu bg empuk )
3 ulas bawang merah ( tumbuk )
2 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 labu bawang besar ( mayang )
2 batang serai ( dititik )
2 helai daun limau purut
1 biji tomato ( belah 4 )
3 ulas cili api ( bleh tambah klu nk pedas )
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sos tiram
Sedikit kicap manis
Bunga Kobis
Kacang Panjang
Carrot
Garam dan serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili api dan serai.
  2. Kemudian masukkan semua jenis sos dan kicap manis. Kacau kejap dan masukkan daging. Biarkan sedikit mendidih dan boleh tambah sedikit air.( yana guna air rebusan daging tadi )
  3. Masukkan semua jenis sayuran dan juga daun limau purut. Tambah garam dan serbuk perasa jika perlu dan kacau biar semua bahan rata.
  4. Bila dah mendidih baru masukkan bawang besar dan juga buah tomato. kacau kejap dan boleh tutup api..siap untuk dihidangkan bersama nasi putih...
Selamat Mencuba :=)

9 comments:

lowongan kerja said...

Blog walking lihat - lihat masakan

Eda Amisha said...

Aku suka part "jeling2 manja jer tengok dia makan tapi sempat jugak 2 3 keping daging masuk mulut nii hikhikk.." ... perghh ni msti kes diet nih ... tol tak ? ;p

Amie said...

Selamat pagi Yana,
kak Amie pun ada lagi simpanan daging korban... masak sikit-sikit je sebab tak banyak bilangan isi rumah, nak masak selalu... asyik makan daging pulak... tengok daging masak paprik ni teringat zaman remaja masa di u dulu, suka sangat order lauk begini dari warung dekat asrama kami...

rahel said...

s'mat pagi Yana...
Rahel tengok daging paprik dr jauh jer...sedap menyelerakan..Rahel tengah fikir nak masak lauk ape utk lunch nanti..hehe..

Totie@Tomy said...

wah nampaknya lunch hari ni kena masak daging paprik ni tq yana best resipi ni..jom rahel kita masak sama2...hehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam yana.Nampak sedap.kak ros pun masih ada daging korban dalam ice box.Boleh cuba resepi ni pulak.

Zaliedana said...

Yana,ct pon mmg tgh byk sgt lagi daging lam esbok tuh,byk kali leh msk lagi tuh,coz nak mkn berdua jer kan.Ala yana xkan jeling2 mnja jer kut,hihi..Terkam terus jer..

quinnie said...

makan paprik tak ajak kita ye? hehehhe..lamanya tak masak paprik..dulu masa ada pokok limau purut dipandang sepi je kat daunnya..skang baru la rasa berharga sgt pokok2 tu...huhuhu

Diana @ Melley Mey said...

daging nie pun nampak menarik n menyelerakan ler yana.. mmg sedap masak paprik nie..