Saturday, November 12, 2011

KUIH KASWI GANDUM

Assalamualaikum dan selamat petang..ari ni cuaca redup jer..matahari seperti malu2 jer nak keluar menyinari bumi yang indah ini..pe2pun jom kita layan Kuih Kaswi Gandum..makan yang suam2 kuku mcm ni bersama kopi panas..mmg sedap..xsedar dah berapa ketui kena telan hihii..

Kuih Kaswi Gandum ni mmg popular dikalangan blogger kita sedikit masa dulu..semua umah ada tayangan kuih yang best ni..Yang ni kali ke 2 yana buat..1st time buat xsempat nak post..masa tu duk kat Klate..males nak buka blog bila dh blk kg..kali br dpt buat tanyangan..Mintak izin yer tuan resepi Chef yang tidak asing lagi akak Chef Hanieliza..Tq kak share resepi kuih yang best ni..sebelum ni asyik beli jer kuih kaswi..skg ni kalau nak mkn buat jer sendiri hehee..Jom layann :=)

KUEH KASWI GANDUM



kelapa hasil parutan anak buah..abaikan sajer kekasaran parutan tersebut hihii


BAHAN SIRAP:-
5 cawan air 
1 cawan gula merah 
1 cawan gula pasir 

Cara nak buat:-
Masakkan semua dan sejukkan 


2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung 
1 sudu kecil kapur kueh [optional] 
Kelapa parut ( yang muda) 
Sedikit garam 

Cara: 
1.Panaskan kukusan. 
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang] 
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang. 
4. Masakkan sehingga masak [30 minit] 
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik. 
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam. 
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Selamat Mencuba :=)


14 comments:

Amie said...

Assalam Yana,
disini pun cuaca mendung je... dah nak masuk fasa musim tengkujuh ni.

rajin buat kuih kaswi, ini kuih kami sekeluarga...masa kecik2 dulu memang bonda rajin buat,....

norlieharumaini said...

nak sikit...

Chik Mimi said...

Assalamualaikum Yana sihat ka?lama kak tak singgah sini,best ni kaswi lama kak tak buat

cik cek said...

Kak Cek pun dah buat kuih kaswi gandum ni...memang kena sgt ngan selera...dari tak bape suka mkn kuih kaswi terus jatuh cinta...:D

tun_telani said...

kak yana cayang ^^ tun 2 kali wat kuih kaswi ni.. siap double adunan lagi! hehe.. betapa suka nya mkn kaswi gandum nih.. mmg sedap! terliur tgk kelapa tuu.. dpt kelapa parut fresh mmg sedap, kasar x kasar tu belakang kira. tun duk sini guna kelapa kering je laa..

rahel said...

mat malam Yana...rajin gak u buat kuih kaswi ek...sodap ni..

Yana Shaiful said...

@Kak Amie>Haah..tiap petang ujan skg ni..

yana baru nak blaja bt sendiri kak..dulu asyik beli jer hehee..

Yana Shaiful said...

@norlieharumaini> jom kak mkn sama :D

Yana Shaiful said...

@Kak Mimi> Alhamdulillah sihat kak.. sedap kaswi ni..xpuas mkn :=)

Yana Shaiful said...

@Kak Cek>yana mmg suka kuih kaswi..dulu asyik beli jer..skg nak mkn bt jer sndiri..puas ati dpt mkn byk hehee

Yana Shaiful said...

@Tun> Tun cayang dh kembali..lama tgu Tun hihii..K.yana suka jgk kuih ni..xmanis sgt..sdg2 jer..mmg kna dgn selera..kelapa kasar mcm tu lg best.. terasa je bila gigit hihii

Yana Shaiful said...

@Rahel>mood tgh rajin ni..tgu ler bila males..semua xnak buat hihii

Liza said...

salam yana....peberet akak ni....perggghhhh

nuwairani ismail said...

adoiiiiiii! kenapalah boleg ternampak kuih ni petang2 mcm ni,...teringinnya nak buat jugak....nani suke kuih2 yang cicah kelapa mcm ni...rasa lemak2 kelapa + manis2 kuih tu...