Friday, November 11, 2011

KEK GULA HANGUS~ i'm back ^__^

Assalamualaikum dan selamat petang semua..Alhamdulillah dapat lagi kita bersua pada tanggal 11/11/11..cantiknya angka tu..pasti ramai yang suka kan..hampir seminggu yana  bercuti..lama jugak kan..Tahun ni Yana balik raya kat umah mertua di Pendang Kedah..sedikit sedih xdpt blk kg sendiri..miss mama sgt2..tahun ni xdapat mkn singge tule air tangan mama..hmm..

Untuk pembuka ari ni yana juz nak tayang Kek Gula Hangus yang sudah kehabisan yer..Yana buat sebelum balik raya ari tu..Dah lama teringin nak buat..masa buat kek ni tawakal je lah..1st time buat..harap2 kejadiannya seperti yang diharapkan coz nak bawak blk umah mertua..Alhamdulillah..jadi jugak dgn jayanya..heheee..Yana buat 2 adunan..1 nak bagi kat jiran tetangga and 1 lagi bawak blk kg..

Tak mau citer panjang..kejap lagi nak merempit ke umah teman2 yang dirindui..byk n3 best yang terlepas nii.. jom kita jamu mata je lah ek..sebelum tu Tq pada tuan resepi Widad dan juga Nani..Kak Yana c&p dari umah Nani je lah ek..Males lagi nak menaip banyak2 hihiii..layan :=) 

KEK GULA HANGUS




BAHAN-BAHAN:-
1 cawan gula 
1 cawan air panas 
1 cawan tepung gandum 
1 cwn susu pekat 
2 camca teh baking soda 
4 biji telur 
2 camca besar butter 

CARA NAK BUAT:-
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga jadi gula hangus.
  2. Tambahkan air panas, kacau sehingga menjadi air gula hangus. 
  3. Masukkan butter, kacau hingga butter cair. Tutup api, biarkan sejuk. Ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, pukul telur hingga berbuih dan kembang. 
  5. Tambahkan susu pekat dan esen vanila ke dalam telur dan kacau sebati. 
  6. Ayak tepung dan baking soda ke dalam adunan susu dan telur tadi, kacau lagi hingga sebati.
  7. Campurkan air gula ke dalam adunan, sebatikan.
  8. Perap adunan selama 3-4 jam
  9. Sapu marjerin pada loyang, kemudian taburkan sedikit tepung. Buang lebihan tepung. -ini petua supaya kek mudah ditanggalkan nanti. Tuang adunan ke dalam loyang.
  10. Bakar selama sejam dengan suhu 160-180 darjah. Dah sejuk, baru potong ye.
Selamat Mencuba :=)

15 comments:

cik cek said...

Yana....
Kak Cek dtg ni...bwk ciskek....dah telanjur dtg ni...leh dok lepak kejap...sambil2 minum teh ...leh gak rasa kek gula hangus Yana buat tu...lama dah tak makan...buat lagila tak denya...he he..:D

nuwairani ismail said...

wah! cantek je sarangnya! warna pon gelap...

rahel said...

Mat petang Yana..
Cantek je sarangnya kek tu...dah lama tak buat kek yg satu ni..my fav gak.

CT Delima said...

As'salam yana

suka makna kek gula hangus ni, tapi tak pernah buat. last k.ct buat masa muda remaja dulu2..hehehe

Liza said...

salam yana...cantik nmpak kek sarang tebuan tu...tp hati2, tkt tebuan dtg cari sarang dia...hihihi

Cheq Sue said...

sedapnya.... mintak sikit... :)

Zaliedana said...

Yana,sedapnyer kek gula hangus ni,cantik jer sarangnya..Ct pernah la mkn dulu2,tapi wat sendri xpernah lagi kek yg 1 ni,nak juga try bila2 nanti..

Yana Shaiful said...

@Kak Cek>nak..nak..xsabar nk mkn ciskek Kak Cek..nyumnyumm..chedapnyaa hehee..

Yana Shaiful said...

@Nani>tq..nasib baik cantik kejadiannya..dpt pujian mak mertua lg hikhikk

Yana Shaiful said...

@Rahel>tq..yana br 1st time bt sndiri kek ni..mkn dh byk kali hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Ct>wksalam..yana dh jd mak anak dara baru bt kek ni..slalu mkn org bt jer hihiii

Yana Shaiful said...

@Liza>hahaa..mkn cepat2 takut tebuan dtg balik amek sarang dia :=)

Yana Shaiful said...

@Cheq sue> jom mkn sama Cheq Sue :=)

Yana Shaiful said...

@Ct>sama lah dgn yana ni..slalu mkn beli jer..kdg2 tu xsedap..ni br 1st time bt..menjaid jgk..nnt try lah bt resepi ni..sedap :=)

quinnie said...

yana..perut tengah lapar ni kan..tengok kek niteringin nak makan kek la pulak..dah berkurun tak buat tau kek ni...huhuhu