Friday, November 25, 2011

STIR FRY KUEY TEOW~bekpes kami

Assalamualaikum..apa khabar semua? semoga semuanya dalam keadaan baik2 sajer..pagi Jumaat yang indah ni kita layan Stir fry Kuey Teow dulu..Bizi sikit nak kemas barang..petang ni nak blk umah MIL kat Pendang..ada kenduri..hmm..bercuti lagi sampai minggu depan..InsyaAllah kalau berkesempatan Yana akan update jugak blog tapi resepi tertunggak je lah..xbest rasanya klu biarkan blog bersawang hihii..Jom je lah kita semak resepi yana cedok dari umah Kak Q..mmg betul ckp Kak Q..kejap jer nak masak kuey teow ni dan mmg sedap cuma yana xletak telur..minggu ni dah terlebih mkn telur..xleh slalu sgt mkn telur kan..ngeee

Tq jugak pada Che I'za tuan empunya resepi..Yana mintak izin nak panjangkan kat sini pulak yer..Macam Kak Q jugak Yana guna bahan yang ada kat umah jer..serba kekurangan dah bahan dlm esbox..maklumlah nak bercuti lama hihii..Jom layann :=)

STIR FRY KUEY TEOW
Resepi: Che I'za



 BAHAN-BAHAN:-
  • 200 gm kuey teow
  • 3 ulas bawang putih diracik halus.. tumbuk ker janji haluslah.. tapi tak nak blend.
  • 1 sb lada boh ( yana letak cili giling adabi )
  • 1 keping fish cake di potong nipis ( xletak )
  • 5-6 ekor udang ( Den tak letak sebab si kecik ni tgh berpantang tak leh mkn udang )saya ganti dgn kerang sebab tak dek udang ( yana letak udang )
  • 1 sk kecil serbuk ikan bilis ( sebagai ganti perasa sbb tak letak udang) so kalau ada udang tak yah letak ( yana xletak )
  • 1 sb sos tiram - tak letak sebab guna kicap campur mas
  • 1 sk kicap manis ABC saya guna kicap campur mas ( yana guna kicap ABC )
  • sebiji telur ( yana xletak )
  •  garam secukup rasa
  • taugeh n kucai
  • saya tambah tauhu yg digoreng ( yana tambah tauhu goreng jugak )





Cara -cara.

  1. Tumis bawang putih hingga kekuningan dan terbit bau aroma bawang putih....
  2. Masukkan fish cake n udang (den tak letak) 
  3. Agak- agak udang tu suku masak masukkan lada boh... dikuti kuey teow..
  4. Masukkan sos tiram, kicap  n serbuk ikan bilis...
  5. letak garam secukup rasa 
  6. Pecahkan telur ke dlm kuali... 
  7. Last sekali masuk taugeh n kucai

Pastikan masak dgn  api besar... Dan proses memasak adalah sangat cepat.... Den tambahkan sedikit minyak bijan dlm minyak yg den guna untuk menumis....


Selamat Mencuba :=) 

6 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, akk pun cadag nk goreng kue teow mlm ni, tapi main campak2 je hehe, sedap nampak kue teo tu yana, selamat blk kg, klate bila blk boleh main hujan heheh

rahel said...

salam Yana..
kuey teow memang hidangan fav my famili...suka sangat.

quinnie said...

sedapnya kuetiau dia....simple kan nak masak dia..tapi sedapsss...hehhehe

LinRosly said...

Assalamualaikum...Sedapnya Kuey Teow...Tak Kira Masak Apa Mmg Kak Lin Suka..

Wattie said...

Salam Yana,
Kot ya pun, huluq la kat kita sepinggan, udang tarok lebih ok

Amie said...

feveret....my feveret ni....!!!