Saturday, November 19, 2011

ANGEL HAIR AGLIO OLIO

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Dah bekpes ker..mestilah dah kan..dh pukul 11 pun..apa lah yana ni..orang lain dah makan tengah hari dah baru nak tanya hehee..Pagi ni kami bekpes simple jer..Angel Hair AGlio Olio..nama kemain lagi..tapi masak maincampak2 jer..biasalah bila dah  tibe hari sabtu..esbox pun dah kosong..masak apa yang ada jer..lepas ni baru nak keluar ronda2 sambil tangkap ayam dan pancing ikan sikit2 hehee..

Tak mau cakap banyak..nak bersiap2 pulak lepas nii..budak tecik tu tak mekap lagi..hihii..kita semak je resepi nii kot2 ada yang teringin nak makan ker..jom layann :=)

ANGEL HAIR AGLIO OLIO


BAHAN-BAHAN:-

Segenggam spagetti ( yana guna jenis angel hair )
2 ulas bawang putih ( cincang )
10 ekor udang sederhana
1 batang sosej
4 tangkai cili kering ( rendam air panas & potong )
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar oreganu kering
green peas
Sedikit jus lemon
Minyak zaitun ( yana guna jenis extra virgin )


CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan udang, sosej dan cili kering yang di potong tadi bersama green peas.
  3. Masukkan angel hair yang telah dicelur dan semua bahan-bahan lain. Gaul biar semua rata.
  4. Masukkan sedikit serbuk perasa jika perlu. Last perah sedikit jus lemon.
  5. Siap untuk dihidang :=)
Selamat Mencuba :-)

10 comments:

Cendana Kasih said...

dari semalam bercadang nk pegi Giant, untuk mencari si rambut bidadari ni ler... pagi ni dh muncul kat blog Yana ni plak...aduhai..tinginnyer....

rahel said...

mat tghari Yana..
waa lain dr yg lain..menarik nampaknya menu tu..

nOOrsha said...

salam yana..nampak sedap ler angel hair yana ni....kalo saye dpt picit sebiji dua cili padi atas ni mesti lg terangkat..hehe

Zaliedana said...

Yana ct kalo pasta2 nih mmg suka jns angel hair,sbb lagi sedap n lembut bnding yg len kan..Nmpk yg yana msk nih walaupon simple mmg membuka selera.

Amie said...

selalu jumpa resepi angel hair... tapi belum pernah cuba, macam sedap ye yana... memang sedaplah tukan... he hehehh

Yana Shaiful said...

@Kak CK>Yana ni pun dh last stok..kejap lagi kena beli jgk sambung stok hehee

Yana Shaiful said...

@Rahel> biasa je ni..main campak apa yg ada jer tapi yana mmg suka msk simple mcm ni..bertambah2 jgk mkn hihii

Yana Shaiful said...

@Sha>sama lah kita..klu xpicit cili api..xselera nk mkn..pasta ala2 melayu gitew ;=)

Yana Shaiful said...

@Ct>yana suka semua jenis pasta tp sejak kenal dgn AH nii..mmg dh jatuh cinta..hubby yg xmkn pasta pun suka AH nii klu masak..mmh lembut jerr rsnya..xpuas mkn hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Amie> nnt cubalah Kak..mst akak jatuh cinta mcm yana dulu xpnh rs pun angel hair..skali rs terus terlekat..asyik beli yg ni jer ;=)