Wednesday, November 23, 2011

TAUHU MASAK SAMBAL

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..hari ni pagi2 lagi dapat bersiaran..nak singgah menyinggah umah kawan2 semua..akhir2 ni xsempat nak buat persinggahan..nak post 1 n3 pun kena cepat..Damia dah makin meragam skg..jeles sangat kalau tgk ibu pegang lappy..macam2 hal dia buat tak nak bagi ibu pegang cik lappy..hmm..anakku..baru sorang tapi dah terdetik di hati nak tambah lagi hikhikk..

Pagi ni juz nak share menu simple semalam..Tauhu Masak Sambal..mood memasak tibe jer ke laut..hahaa..bkn apa..nak kurangkan mkn sikit coz wiken asyik kena p kenduri je..wiken ni kenduri kat kampung MIL pulak..lagi lah TERmkn banyak..lauk kenduri kampung semuanya best..xleh tahan nafsu nak makan..semua nak rasa..alasan kan..hahaa..Jom je lah kita semak resepi simple nii..mana lah tau kot2 ada yang tergoda nak masaknya utk lunch nanti..layan :=) 

TAUHU MASAK SAMBAL


BAHAN-BAHAN:-

2 keping tauhu ( dibelah dua )
1/2 labu bawang besar ( tumbuk/kisar )
2 ulas bawang putih ( tumbuk/kisar )
1 sudu besar cili giling/cili kisar ( yana guna cili giling adabi )
1 biji kentang ( potong wedges & goreng )
Sedikit sos cili
sedikit sos tomato
Sedikit air asam jawa
Air biasa
Garam, Gula & serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Goreng tauhu hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan cili giling hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau dan boleh masukkan air asam jawa dan juga air. Kacau. Perasakan dgn bahan perasa. Kacau lagi.
  4. Masukkan tauhu, bawang besar yang dimayang dan juga ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul biar rata. Tutup api dan siap untuk dihidangkan..
Selamat mencuba :=)

16 comments:

Zaliedana said...

Assalam yana,ct pon samalah nak pegang lappy kalo ank2 jaga ssh cikit,sbb depa tgh lasak,mulalah nak kcau n nak tumpang sekaki,adeiii..Uikk damia dah nak dpt adik dah damia,mama dah nak tambah lagi tuh,hihi..Ct suka tauhu,tapi hubby kureng cikit,so selalu kalo bli tauhu hanya utk mkn ngan mee/bihun/cucur udang jerla,kalo msk2 gini xpernah lagi wat..Ct pon ari jummat nih blk kg da kndri gak,cti sek,mmg byk kndri kan..

tun_telani said...

morning kak yana!!! tun suka mkn tauhu! ^^
beshnyer kenduri kawin!! x sabar nk blk kampung nx month, kot2 laa ada org irg kawin yg wat kenduri kawin, blh gi nyibuk2.. kalau dpt join bekwoh lg suka.. hihi

nOOrsha said...

sedapnye tauhu sambal..kite masak tahu juge arini.. tp tauhu sambal udang kering..hehehe

nuwairani ismail said...

dah lama nani tak makan tauhu ni...dulu2 waktu sekolah ada menu di di asrama. heheh

Amie said...

dah lama teringin makan tauhu... tapi tak terbuat juga...sedap ni menu tauhu....

rahel said...

Rahel pu suka gak menu tauhu...boleh dipelbagaikan...sedap tauhu masak sambal tu Yana...ada lagi k?

quinnie said...

sedapnya tauhu..kita pun suka....semalam baru je makan dgn kuah kacang...buat ala2 tauhu sumbat...kekeke...5 ketul kita sorang je perabih...hahahha

Totie@Tomy said...

tauhu ni pebret mak mertua saya,,.

Yana Shaiful said...

@Ct>hubby yana pun xsuka sgt tauhu..mmg yana jer mkn..org laki ssh nk mkn benda berkhasiat cani hehee..

Yana Shaiful said...

@Tun>bestnya blk kg..K.yana dh lama xblk klate..rindu jgk suasana bekwoh sana..kat sini xde org buat gulai kawah hihiii..

Tauhu mmg bestkan..K.yana mmg kna sntiasa ada dlm peti..mkn tauhu sajer pun dh kenyang :-)

Yana Shaiful said...

@Sha>sedap jgk tu tauhu udang kering..nnt nk cuba lah..yana mmg suka masakan yg ada tauhu :=)

Yana Shaiful said...

@Nani>K.yana slalu jgk bt tauhu sambal ni..klu beli rs xpuas mkn.. :=)

Yana Shaiful said...

@Kak Amie> Yana pulak slalu jer masak tauhu..kdg2 goreng mkn dgn sos jer hihii

Yana Shaiful said...

@Rahel>sama lah kita ni..seminggu 3 4 kali jgk yana msk tauhu nii..mcm2 resepi nak cuba msk dgn tauhu :=)

Yana Shaiful said...

@Kak Q>sedap kan tauhu sumbat mkn dgn kuah kacang..klu yana abis jgk 5 ketui kot hihiii

Yana Shaiful said...

@Totie> rmai yg suka mkn tauhu nii :-)