Thursday, June 26, 2014

KUIH BEKO PANDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kuih beko antara kuih kegemaran yana..kalau balik kampung memang wajib beli..biasanya dijual bersama dengan kuih akok..dekat kampung yana kat Pasir Mas masih ramai lagi yang jual kuih tradisional nii..so, memang tak susah nak mencarinya..suami yana orang kedah pun dah mula suka kuih beko nii..sedap tau.. suka sangat bau wangi kelapa+pandan~~~

Yang ni 1st time yana buat sendiri..Alhamdulillah..memang sebijik rasanya macam kat kedai selalu yana beli.. Yana buat dalam acuan kuih cara..comel je saiznya hehee..Tq Kak Wan share resepinya.. ingat susah nak buatnya..tak sangka pulak sekelip mata je dah siap buat kuih nii..Jom semak resepinya ^__^



KUIH BEKO PANDAN

BAHAN-BAHAN:-
200gm kelapa parut putih
80gm gula pasir ~ yana letak 60gm je
150gm tepung pulut
1 biji telur A ~ dipukul ringan
4 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil pandan emelco ~ jika suka

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Satukan kelapa parut, gula, garam, tepung pulut. Gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco  dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Adunan tidak cair dan tidak terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun
  2. Lencer acuan bahulu/cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven sehingga minyak betul2 panas
  3. Keluarkan acuan,  masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200c atau hingga permukaan kuih keperangan.
  4. Dah siap..sedia untuk dimakan :-)
Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Kakzakie said...

Bila kakak baca macam mudah buatnya. Tapi kakak macam tak pernah makanlah kuih ini. Kalau akok kakak pernah beli. Ni dah nak ramadhan tak lama banyaklah jual di bazar..

asyifa mustaffa said...

X pnh mkn...tp rasa dia msti lemak2 mnis kan...sdap ni...!

Montana said...

kuih lagu ni petang2 stg layan best laa dengan kena teh o perghh terangakat kepala ooo

Amie said...

Tak pernah jumpa & rasa kuih beko... jakunis tul Kak Amie ni ye Yana. teringin nak cuba...
Selamat menyambut Ramadhan al- Mubarak buat Yana sekeluarga.