Wednesday, June 4, 2014

BUN KENTANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah lama tak makan roti fresh dari oven sendiri..asyik beli je..tersangatlah males nak meroti ^__^.. Semalam merajinkan diri buat bun kentang nii..kesian pulak tengok incik BM dah lama tak menunaikan tanggungjawab dia menguli hihiii

Okess..macam biasa yana guna resepi dari Ros untuk bun kentang yang lembut dan gebuss nii.. yana suka makan letak sambal bilis kat dalam bun nii..ala2 bege malaysia gitu..sambal pulak harus pedas..makin best menikmatinyaa bersama secawan kopi panas~~~



BUN KENTANG

BAHAN-BAHAN;-

350gm tepung roti
90gm kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang )
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan bun nanti
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam) - susu soya boleh ganti dgn susu segar
1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gm yis ( 1 1/2 sudu kecil )

sedikit kastard utk dijalurkan atas bun nanti

BAHAN KASTARD:-
2 sudu besar tepung kastard bird kastard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

CARA PENYEDIAAN; ( SOS KASTARD )
  1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu jika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu. Sejukkan dan baru dipaip atas bun nanti
CARA PENYEDIAAN : ROTI

  1. Jika menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul2 lembut.
  2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dan masukkan doh di dalam plastic, ramas2 beberapa minit lebih kurang 5 hingga 10 minit. keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil dan susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit merjerin bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakr nanti )
  4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard diatas permukaan bun. Bakar pada suhu 180c selama 25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai dan sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba :-)

2 comments:

adda syuhada said...

cam sedap jer...

Kakzakie Purvit said...

Pandailah Yana buat. Kakak terliur tengok..