Sunday, July 17, 2011

KUZI AYAM~ Penyakit 'M' melanda diri ini ;=)

Assalamualaikum dan slamat petang semua...lama rasanya xjenguk blog..biasa lah ari minggu..bukan ada kat umah..keje berjalan jee hehee..pagi tadi kuar lagi..byk hal plak nk setle..dh nak petang baru bleh jenguk blog..nk berBW pun xsmpt..sorry ye semua..nnt ada masa yana terjah semua umah yee..and sorry juga Puan Ct Diari Zaliedana..smlm duk bersms and yana 'ketidoran'..xsmpt nk reply msg hikhikk..Klu yana ada umah bleh jgk jemput mai umah kan..biasa lah ari minggu..panas duk umah..kita ni nama je duk 1 penang tp susah  jgk nk bersua kan..;=)

K lah..Petang ni kita layan pic Kuzi Ayam jee..Ekceli Kuzi Ayam ni menu semalam..xsmpt nk post..males sgh nk menaip..penyakit 'M' dh melanda nii..duk buka FB jee borak dgn membe..rempah kuzi ni  beli ms blk klate bln lepas g tapi xde feeling g nk masak..smlm br ada feeling..hikhikk..bleh plak cam tu ek..resepi ni mama yana yg ajar and 1st time yana msk sndiri..nsb baik jadi hehee.. Seperti biasa jugak..yana agak2 je bahan-bahannyaa..Jom layannn..:=)

KUZI AYAM



BAHAN-BAHAN:-

1/2 ekor ayam
1 labu bawang besar ( hiris  )
3 ulas bawang merah ( hiris )
1 inci halia ( tumbuk )
2 ulas bawang putih ( tumbuk )
4 sekawan ( serba 1 jee )
1 ulas bawang putih ( mayang )
1 ulas bawang merah ( mayang )
1 sudu besar rempah kuzi + 2 sudu besar air
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar tomato puree
2 sudu besar gula melaka ( optional )
2 sudu besar gula
Garam
Serbuk perasa




CARA NAK BUAT:-

  1. Goreng bawang besar dan bawang merah hingga garing. Sejukkan kejap kemudian blender hingga hancur. Ketepikan.
  2. Kemudian gaul ayam bersama bawang putih, halia dan sedikit safron. Perap 10 minit dan goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yg dimayang hingga  kekuningan. Kemudian masukkan 4 sekawan. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan tomato puree dan masak hingga pecah minyak. 
  5. Kacau kejap dan masukkan bahan yg diblender tadi dan juga rempah kuzi. Tambah sedikit air. Kacau dan masukkan gula melaka. 
  6. Bila mendidih masukkan susu cair. Tunggu hingga mendidih lagi baru masukkan ayam. Gaul biar rata.
  7. Perasakan dgn gula, garam dan juga serbuk perasa.
  8. Last masukkan kismis dan gajus. Bleh tutup api..sedia utk dimakan dgn nasi atau roti..Slamat Mencuba :=) 

16 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam menarik pernah makan kuzi ayam ni kat kenduri... tapi x pernah try buat...nak cuba le bulan posa ni...tq resepi

Chik Mimi said...

assalam yana best ni buat cicah ngan roti prata pun best ni

nOOrsha said...

salam yana.. M - M pun menjadi juge kuzi ayam... saye kalau dah dilanda M alamat makan nasi berlauk ikan masin sudah.. ehehe

YANA SHAIFUL said...

K.Sheila: yana pun 1st time msk sndiri ni..resepi keluarga..best klu mkn dgn roti ;-)

YANA SHAIFUL said...

Chik Mimi: haah kan..tapi ari ni mkn dgn nasi jee hehee

YANA SHAIFUL said...

NoorSha: yana males nk menaip kat blog jee..msk R lagi hikhikk

Citarasa Rinduan said...

assalamualaikum yana
nampak menyelerakan........
mmg sedap kalau boh kismis kat bumbu ayam tu kan...

nak try lah..
boleh buat menu berbuka bulan posa nanti

nuwairani ismail said...

mak selalu buat kuzi makan dgn roti jala...memang mabeles la!!!

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum yana...
wah sedapnya nie... dah lama dah x makan kuzi ayam nie... terliur tgk tau... boleh cuba plak resipi nie nanti... masuk list dulu... ;)

izahdaut said...

sedapnyer kuzi ayam yana.... cicah ngan roti pun sedap kot..pekat2 gitu. fuh

LinRosly said...

Assalamualaikum


Sedapnya Kuzi Ayam...Mintak Sikit

YANA SHAIFUL said...

K.Ayu: haah kak..sedap je mkn tergigit kismis tu..manis :=)

YANA SHAIFUL said...

Nani: sama laa..mama k.yana slalu msk kuzi time raya mkn dgn roti jala and nasi minyak pun best jgk :=)

YANA SHAIFUL said...

K.Diana: nnt try la kak..resepi mama yana nii..br 1st time yana masak sndiri :=)

YANA SHAIFUL said...

K.Izah: mmg sedap kak klu cicah roti..saja bt byk2..esok leh mkn dgn roti plak :-)

YANA SHAIFUL said...

K.LinRosly: jom kak mkn sama.. ada lg nii hehe