Monday, July 4, 2011

NASI KETUMBAR

Assalamualaikum..salam ari Isnin yg indah dan semoga kita semua sentiasa sihat dan dilindungi olehNYA..Tak mo bebel panjang lebar coz ada keje skit nk setle..juz nak tayang nasi ketumbar yang buat semalam untuk berbuka..Alhamdulillah mmg sedap..lepas ni bleh buat lg..nak buat pun senang jee..bila mkn plak rasa mcm nasi minyak..resepi ni dh tgk kat umah K.Nor minggu lepas and semalam terskodeng plak kat umah kak Anymz..hmm kna try bt nii..cam best jee hehee..Yana makan nasi ni bersama dgn ayam masak mayonis juga dari umah Kak Anymz My Kicthen..Gabungan yg sedap and lepas ni nak try mkn dgn ayam msk merah plak..

Jom je lah kita intai resepi nasi ketumbar dulu ek..krg plak resepi ayam mayonis..klu nak tgk ayam mayonis cane bleh je skodeng kat sini dan intai sini hehee..kita layan nasi ni dulu la ek..Kak Anymz mintak izin c&p and share kat sini plak yee..hehee..layann :-)


NASI KETUMBAR
resepi: Q'ein My Resepi
Sumber: Kak Ayu S'pore, K.Nor & Kak Anymz


BAHAN-BAHAN:-


500g beras
3 s/b mentega-(Ayu guankan minyak sapi) 
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)-(Ayu tapis) ( yana tapis jugak )
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

CARA NAK BUAT:-

  1. Basuh beras dan toskan
  2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak 
  3. Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
  4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
  5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
  6. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
  7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
Slamat Mencuba ;-)

6 comments:

anymz said...

lawonya hijau nasi ketumbar tu..suka akak tengok..sedap kan?

YANA SHAIFUL said...

K.Anymz: Sakit gg dh ok ke kak hehe..

sedap nasi nii..bt simple je..hijau sejuk mata memandang hehee

suri solehah said...

Nasi ketumbar.kena tgu lepas bsalin,nk nikmatinya

nuwairani ismail said...

beras basmathi ke? nampak panjang, runcing elok je nasiknya...mesti wangi...

YANA SHAIFUL said...

Suri Solehah:

Lepas ni jgn lupa nikmatinyaa..hehee

YANA SHAIFUL said...

Nani: haah beras basmathi..best beras nii..;-)