Wednesday, July 27, 2011

KARIPAP KENTANG~ menu petang :=)

Assalamualaikum dan slamat petang..dah minum petang ke semua..klu belum jom join yana mkn karipap kentang jee..best jgk mkn karipap panas2 sambil tu minum air berais..waaa..sejuk je tekak..males nk bebel panjang2..malam dh hampir menjelma..nk berBW jap..malam krg ada hal nk setle..layann..:=)

KARIPAP KENTANG


BAHAN-BAHAN:-


4 biji kentang
1 labu bawang besar ( dipotong dadu )
2 ulas bawang putih ( tumbuk hancur )
2 sudu besar rempah kari ( bancuh dgn 1 cwn air )
1 tangkai daun kari
Sedikit isi ayam
Secubit garam


Cara Buat Inti:


1. Kentang dikupas dan dipotong dadu. Kemudian rebus kentang hingga hampir empuk. Angkat dan 
    toskan
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan
3. Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak
4. Perasakan dgn garam
5. Masukkan ayam dan biarkan seketika hingga masak
6. Akhir sekali, masukkan kentang yg telah direbus tadi
7. Kacau sebati hingga kuah kering. Angkat dan ketepikan

Bahan untuk kulit karipap:-


4 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter ( panaskan )
1/2 cawan minyak masak ( panaskan )
Secubit garam
1 cawan air suam

Cara Buat Kulit Karipap:


1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
2. Campurkan dengan butter dan minyak masak yang telah dipanaskan.
3. Bancuh air suam dan garam dalam mangkuk kecil.
4. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.
5. Uli doh hingga boleh dicanai.
6. Bulatkan doh tadi mengikut size 1 biji karipap.
7. Tutup dengan plastik supaya doh tidak kering.
8. Kemudian bolehlah canai doh tadi. Tapi, jangan terlalu nipis.
9.Masukkan inti karipap dan klim.
10. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.






SUNQUICK BERSIRAP SPECIAL


Makan karipap yang panas mesti dahaga kan..Jom kita basahkan tekak dgn air yang sejuk nii.. segarnyaa dpt minum segelas hehee..




BAHAN-BAHAN:- ( 1 jug )  
2 sudu besar oren sunquick
1/2 sudu besar sirap ros
5 sudu besar gula
3 cawan air masak
Ais kiub secukupnya
Buah rambutan secukupnya ( buang biji )


CARA NAK BUAT:-

  1. Bancuh dengan sedikit air panas, kacau rata. Kemudian satukan semua bahan di atas kecuali ais dan buah rambutan. Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah gula.
  2. Tuang ke dalam jug sesuai dan isi dengan ais kiub  dan buah rambutan secukupnya..Biarkan sejuk kejap dan boleh nikmatinya..Slamat Mencuba :=)

10 comments:

nuwairani ismail said...

cantik aje rupe kelim karipap tu ye..heheh..rajin kak buat karipap...nak kelim satu2 tu yg malas...tapi kalo makan laju aje...mesti ada balance lagi kan? boleh mintak seketul.

Yana Shaiful said...

Nani..k.yana ni pun fail klu kelim byk2..stkt 2 3 biji tu ok g..yg ni ada yg tlg kelim..sbb tu bleh bt byk..jom mkn sama..byk g nii hehee

Citarasa Rinduan said...

yana..
aduh!!
kecurnya dok sini..
entah2 time kak ayu jogging awak syok dok ngap!!

wah.........................
nak jugakk

cik cek said...

Yana...kak cek nak join makan karipap...ada lagi ke...:)

Zaliedana said...

Amboi yana rajinnya mengelim karipap..Nak karipap sepiring ngan air segelas yana..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum yana...
cantik karipap tu yana.. sedap tu makan panas2... kalau irfan mmg suka mkn karipap .. pantang nmpk jer dia dah nak..

Yana Shaiful said...

K.Ayu: xpe kak..yana tlg ngap utk akak 2 bijik..lepas yana tumpang joging dgn akak hehee

Yana Shaiful said...

Kak Cek: dh abis laa K.cek..nnt yana bt lagi yee hehee

Yana Shaiful said...

Ct: ari ni rajin skit hehee..jemput mkn minum sama :=)

Yana Shaiful said...

K.Diana: Irfan bleh geng dgn yana la kak..yana pun suka karipap..nk bt kdg2 males..beli je laa..ada org jual karipap best kat sini hehee