Assalamualaikum dan slamat petang..bersua lagi kita..arini keje duk umah jee..tapi xsmpt relax pun..ada je yg nak dibuat..arini mkn nasi awal sgt tadi and seharusnya ada yg dah lapar..msk dapur jap bt menu petang nii Baked Sandwich..Dah ramai yg buat sandwich nii..senang cepat and mudah..paling best cepat jee mkn..xsedar dh abis bape ketui ekk heheee..
Jom je lah kita layan resepi nii..rasanya dh bape kali kna c&p jee resepi nii..popular sgt kann.. sebelum tu Tq pada Kak Madihaa kerana membawa virus yg mmg sedap nii hehee..klu ikut resepi yana inti simple jee..sosej dan nugget..males nk bt inti byk2..yg lain jgn ikut ek..layannn :=)
BAKED SANDWICH
sumber: Madiha, K.Nor & Ct Zaliedana
Bahan Kulit/Casing
Roti gardenia secukupnya
Bahan-bahan Inti:-
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese) ~ k.nor guna slice cheese
CARA NAK BUAT:-
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit.
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan..
Slamat Mencuba :=)
8 comments:
aakak tak buat buat lagi baked sandiwh ni... roti slalu je habis stok. hehee..sodap nampak cheese tu
seems delicious..yummy2!!
ya ampun..
yana,,lain dari yang lain lah...
rupanya agak kelihatan ala2 pizza pulak..
nie ada lagi ker tidak nie??
mana tau.. kak ayu boleh rasa sepiring 2.. hehehe
eh? dia boleh jadi bentuk cup pulak...comel....mesti best nii makan panas time cheese tu tgh cair2 lagi....wallllaaa
Kak Izah: try la bt kak..sedap mkn panas2..rugi xbt hehee
Chekgu Azrine: mmg delicious hehee
Kak Ayu: haah kak..jadi mcm pizza plak..ada plak cis tu mmg piza mini yg sedap laa..nk bt pun senang :-)
Nani: sedap mkn cis yg byk and ms tgh panas2 tuu..cis cair lagi melekat hehee..
Post a Comment