Sunday, July 3, 2011

LAKSA KELANTAN~ dah abih pantang laksa ^__^

Assalamualaikum dan salam 1 Syaaban..ari ni mst rmai yg puasa kan..cuaca mendung cani best je puasa..rasa malas nak bgn dari katil hikhikk..Alhamdulillah ari ni masih bernafas dan semoga dapat lah berpuasa sepanjang bln ni dan seterusnya Ramadhan yg sudah lama dinanti..

Semalam tak smpat nak bern3..bz memanjang..my baby kena campak plak..bawak dia p klinik pastu p cari buah kelapa muda nak bg dia minum..dah petang baru blk..yana msk dapur masak mkn malam je laa..semalam yana masak Laksa Kelantan..waahh..bestnya dapat mkn..dah setahun lebih xmkn..still duk pantang kan..my baby ckp je setahun terus nak mkn..

Jom kita intai jap resepi Laksa Kelantan..yana suka laksa klate..maklum lee makanan negeri tercinta hehee..ekceli laksa juz laksa kering and kuah maveles ni plak dari resepi Yani MyResepi yg buat Laksam Kelantan..Nak buat laksam xsempat..lain kali plak kita try bt laksam ek..Layannn..

lAKSA KELANTAN


LAKSA :-

Laksa kering secukupnya. Rebus hingga lembut atau hingga masak. Lagi lama lagi ok.:-)


BAHAN KUAH :- ( 2-3 orang )
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia 
Sdkt bwg putih  Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam 
Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam:- 
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus) 

cili:-
cili merah
belacan
garam
limau





CARA NAK BUAT:-
  1. Kisar isi kan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
  2. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak hingga pekat.
  3. Untuk cili:- cili merah tumbuk dgn belacan, tambah garam sikit dan perah limau.
Slamat Mencuba :-)

4 comments:

nuwairani ismail said...

sedapnya laksa lemak...dah lama tak makan..kene pulak ada limau nipis, belacan, sambalnya, aduhh....

YANA SHAIFUL said...

Nani: lupa nk letak sambal and dlimau nipis ms nk snap.. xcited nk mkn sgt2 hehee..

cik cek said...

Yana...teringin nya kak cek nak makan laksa ni....kechur dan lapo perut kak cek...

YANA SHAIFUL said...

K.Cek: Nak jemput mkn sini pun dh abis kak..lain kali plak ye kak hikhikk