Tuesday, July 5, 2011

APAM GULA MELAKA

Assalamualaikum dan slamat petang..tadi tibe2 mood rajin datang and masuk dapur jap panaskan kukusan.. tnya my baby nak mkn apam x..dia gelak sambil jerit2..maknanya nak mkn la tuu hikhikk..bt apam yg simple je coz xde kelapa parut..dh byk kali yana bt apam ni..my baby suka apam..sbb lembut kot dia suka..mkn plak yg panas2 lg sedap..Jom kita semak je resepi apam gula melaka nii..tq pada empunya resepi rossitamz MyR.. mintak izin share kat sini plak yee.. kali ni buat xnk senyum apam tuu rsnya kna bt dlm papercup br senyum kot.. xpe lah..janji sedap and dh abis pun..yana bt separuh adunan jee..hehee..layannn :-)


APAM GULA MELAKA
Resepi: Rossitamz MyResepi




BAHAN-BAHAN:-


125 gm gula pasir
125 gm gula melaka
150 ml air
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh yis ( bancuh dgn sedikit air suam )
1 biji telur
100 ml minyak masak
papercup secukupnya ( yana guna acuan jee )


CARA NAK BUAT:-
  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).



2 comments:

izahdaut said...

saya pernah juge buat apam ni. tapi agak keras sikit. senyum memang senyum sebab letak dlm cup kertas tu kan.

tapi nampak apam tu moist je...

YANA SHAIFUL said...

K.Izah: xtau la plak..yana dh byk kali bt tp lembut jee sbb tu suka bt apam nii..rsnya kna bt papercup baru nk senyum kan..mmg moist nii hehee