Monday, July 11, 2011

AYAM MENTEGA RANGUP

Assalamualaikum..bersua kita lg..tengah ari malas nak masak..mkn menu org bujang jee..sape tau menu tu..hmm..Jumaat yg lepas yana blk kg mertua coz ada kenduri..waaahh..mknan semua sggh menyelerakan..hahaaa..ada pajeri rebung kegemaranku..mmg yana melantak xhingat dunia hikhikk..abis nasi sambung plak serawa derian dgn pulut..

Petang semalam Yana smpai umah dh hmpir pukul 6..smpai je umah terus msk dapur and siapkan mkn mlm..en.hubby nak mkn nasi..dia lapar rupanyaa..kami bertolak dari Kedah pkl 3..byk persinggahan plak berlaku..sbb tu dia lapar kot..So, semalam menu simple kami nasi goreng bersama Ayam Mentega Rangup resepi K.Diana Sky Blue's Kitchen..mmg maveles lah..ringkas dan sedap..Yana mkn camtu jee..xnk mkn nasi dh ooiii..hikhikk..masa duk umah mertua dlm otak ni duk igt nk msk ayam mentega K.Diana jee..xsmpt bt lepas K.Diana tayang coz nk blk kg.. Alhamdulillah smpt bt semalam..Tq kak untuk resepi bez nii..Yana mintak izin share kat sini plak yee.. yg lain kna try bt tau..sedappp..jom kita layannn :-) 

AYAM MENTEGA RANGUP

BAHAN-BAHAN:-

2 keping dada ayam ( di hiris )
2 tangkai daun kari ( di hiris )
4 biji cili padi ( di cincang )- yana xltk coz my baby nk mkn jgk )
60gm mentega ( boleh tambah jika hdk kuahnya bersalut byk dgn ayam )
1/2 biji bawang besar ( di cincang )
Tepung Jagung secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

BAHAN PERAP:-

 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula
1 biji telur
1tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
  2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
  5. Angkat dan hidang.





8 comments:

cik cek said...

Yana...nak sikit...lapola perut kak cek ni....sedapnya...:)

Nurul said...

Salam, Yana...

Memang sedappp ayam mentega rangup resepi K Diana ni kan... :)

Yana Shaiful said...

K.Cek: jom kita mkn sama..best ni mkn dgn nasi panas2..hehee

Yana Shaiful said...

Nurul : haah..mmg sedap kak.. lepas ni bleh bt tayangan ulangan plak hehee

Nuwairani said...

nak tanya soalan lari topik sikit la..baby kak yana di dh berapa bulan ye? macam seronok pulak ada baby yg pandai makan itu ini..nak2 lagi masakan ibunya...mesti best masak2 pastu anak makan...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum yana..
wah dah cuba dah yer... terima kasih kerana sudi mencuba resipi akak nie... :)
harap yana suka... ;)

Yana Shaiful said...

Nani: Baby akak br setahun..dia susah nk mkn nasi..mkn benda lain nak laa..paling dia suka ibu bt donut and apam..mmg dia suka sgt..

Yana Shaiful said...

K.Diana: tq kak resepi best nii.. lepas ni mst ada siaran ulangan lagi nii..:=)