Thursday, November 3, 2011

AYAM SOS SIAM

Assalamualaikum dan selamat petang semua..tengah hari tadi yana sempat mencuba resepi simple Kak Ummi Kuantan yg sedang hot skg ni..rata2 dah mencubanya..Sesiapa yang belum digalakkan mencuba yer..resepi hasil campak2 Kak Ummi jer tapi best sangat..tersangatlah best bagi penggemar tahap kepedasan melampau mcm yana nii..waaahh ayat..tak hingat hikhikk..

Tak mau cakap banyak yer coz semua org dah tau kan Ayam Sos Siam nii..Yana saje nak tayang, klu tak nnt xde n3 plak kan..ahakss..Tq Kak Ummi untuk 1 lagi resepi yang nak kongsikan kat sini..layannzz :=)


AYAM SOS SIAM
Resepi: Kak Ummi @ Home Sweet Home



Bahan (anggaran):-

  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
  • 15 tangkai cili padi thai *
  • 4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/3 cawan sos cili
  • 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la)
  • sedikit gula (optional)
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan serbuk kunyit

CARA NAK BUAT:-




  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih...
Selamat Mencuba :=)

5 comments:

Amie said...

Selamat malam Yana,
lunch tadi makan lauk ayam sos siam di rumah CT Delima, dinner makan lagi ayam sos siam di rumah Yana ye... memang perut tak tahu malu ni, asyik nak makan di rumah orang saja... masaknya malas!

tun_telani said...

ehh.. baru semalam tgk nii.. umah sape ye? umah kak anim ye? kalau letak daun limau purut jd mcm masak paprik la kan. tun x suka bau daun kunyit. hehe

Zaliedana said...

Ayam sos siam nih tgh hot skang,sbb simple,sedap n cepat jer nak wat kan..Ct pon dah wat,mmg best..

rahel said...

Waaa sedapnye lauk dia..baru je nampak kat dapur Kak CT...sodap2..

nuwairani ismail said...

tengok kak yana buat ni, terus nani pon buat jugak! sedap la! suke rasa pedas2nya tuh...