Thursday, June 21, 2012

APAM PISANG MAKCIK SITI

Assalamualaikum dan salam 1 Syaaban..Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk kita bersua lagi di alam maya..Pagi ni jom kita jamu mata dulu dengan Apam Pisang yana buat untuk minum petang 2 hari lepas^^..baru berkesempatan nak tayang..Apam yang tersangatlah gebunya ini yana terskodeng kat dapur cikgu manis Nani..Ya ampunnn sedap sangat..nak buat pun senang banget :-)


Menurut beliau, resepi ni kepunyaan makciknya kat Kuantan..resepi org berniaga lagi haaa..patut lah sedap..kuih yang lembut dan gebus mcm ni mmg feveret Damia..xtau berapa bijik dia telan..asyik nak!nak! sedap dia cakap..ibu pun sama mia..xtau berapa bijik dah telan..Lepas tu tengok dalam pinggan dah 0..huaa tinggal 3 bijik dalam kukusan untuk ayah..cukup lah kot..klu xcukup lepas ni ibu buat lagi^^


Tq Nani dan jugak Makcik Siti share resepi Apam Pisang ni..moga bertambah tambah lagi rezeki Makcik Siti serta Nani^^..K.yana pun epy sebab bertambah lagi resepi apam yang senang nak buat bagi budak tembam ni makan hihii..


APAM PISANG MAKCIK SITI
Resepi asal : Siti Assah Wan Daud
Sumber cuci mata : Nani @ Life Is Beautiful

BAHAN-BAHAN:-
2 biji pisang berangan ( yana guna pisang cavendish )
2 biji telur
100 gram gula pasir ( yana kurangkan 3 sudu besar sbb pisang dh manis )
100 ml minyak masak
80 gram tepung gandum
1 sk baking soda
* secubit garam - nani tambah ~ yana tambah jgk

CARA NAK BUAT :-
  1. Panaskan kukusan, sapu minyak pada acuan lompang.
  2. blend semua bahan kecuali tepung sehingga halus.
  3. Keluarkan adunan, masuk dalam bekas lain.
  4. Gaul tepung ke dalam adunan sehingga sebati dan tidak berketul.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang yang telah disapu minyak.
  6. NOTE: jangan isi adunan terlampau penuh sbb apam akan kembang. Cukup sekadar 3/4 penuh.
  7. Kukus apam selama 12 - 15 minit bergantung kepada saiz bekas yang digunakan.
  8. Pesanan Makcik Siti : Kalau buat ikut sukatan dan cara2nya, GERENTI JADI! 

Selamat Mencuba :-)

18 comments:

Liza said...

salam yana, nmpk bhn2 pun senang je kan, akk salin resepi dulu ye, thnx..

Zaliedana said...

Yana,kat umh nih kalo apam pisang mmg laku ajer,semua suka,ank2 ct mmg suka sgt..Nmpk gebu jer apam yana tuh,
Pstttt tepung byk mna yana,xde pon tulis tepung..
Hehe ct dah g umh nani nmpk tepung 80gm eks..

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, ada rupa kek apam pisang ni, best nmpk urat2 hitam tu, anak2 akk kureng sikit apam2 kalo kek laju je, ni kalo bakar best juga

HaSue said...

resepi ni bhn2nya sebijik ngan resepi akk biasa wat gak..cuma biasa guna pisang emas tu atau pisang hotel..pastu tpg n soda buh lps bhn lain dah blend.Sukatan guna cawan jerk..biasa la resepi lama.hihi..pastu,boleh bkr jd kek..kukus jd apam..hehe..mmg kakak akak tu dulu wat bisnes gak..sibbaik dia bkn nama makcik siti,kot2 nani dpt resepi dr dia kn..haha..gurau jek..hee

Cantik kejadian apam pisang yana tu..akk kan,mcm dah lama x mengapam pisang :-)

Chekgu Azrine said...

rajin...!!

zila norazila said...

salam yana
mmg gebus..apam pisang sapa2 pun suka x pernah jemu kan:)

Nuwairani Ismail said...

hihih....dah balik kerja bi baru sempat nak bukak laptop.comel2 apam pisangnya...sukatan untuk apam ni sikit je boleh dapat. memang sesuai untuk isi rumah yang tak ramai.

Norzie said...

Assalam.
Gebunya apam tu Yana.sis suka makan apam,hari2 pun tak jemu.

rahel said...

Salam Yana..
hem suka dengan apam pisang...sedap sangat..tapi dah lama jugak Rahel tak buat apam pisang...byk buat jemput2 pisang je..hehe..

Yana Shaiful said...

@Kak Liza>mmg senang pun kak..kejap jer nk btnya ^^

Yana Shaiful said...

@Ct>tul tu ct..klu yg berasaskan pisang semua sedap..nnt nk cuba jgk apam pisang kat umah ct ari tu..
br prasan xigt msk tepung huhuu.. tq yaaa gtau ^_^

Yana Shaiful said...

@Kak Rosa> haah kak..nnt yana nk try jdkan kek bakar plak..jd kek pisang gebu pulak hihii

Yana Shaiful said...

@Kak Hasue> haah kak..rsnya mcm resepi org dulu2 sbb bahan2 senang nk dpt..org berniaga semua pkai resepi ni kot hihii..

Yana Shaiful said...

@Azrine> sesekali merajinkan diri hihiii

Yana Shaiful said...

@Zila>mmg semua suka..lg2 klu org tu hantu pisang..lg suka yg teramat hihii..apam ni mmg gebu sgt ^_^

Yana Shaiful said...

@Nani>hihii..sukatan ni mmg ckp utk family kecik k.yana..dah 2 kali bt.. damia suka sgt..ibu & ayah dia lg suka hihiii..tq nani share resepi ^^

Yana Shaiful said...

@Sis Norzie>sama lah kita sis..mmg xpuas mkn apam..kdg2 nk bt males..tp klu resepi simple mcm ni rajin je nak bt..semua blend jer hehee

Yana Shaiful said...

@Rahel>yana kureng skit jemput2 pisang..males nak menggoreng hihii.. tapi klu apam pisang mmg suka sgt.. mkn yg suam2 dgn tea o panas mmg terangkat abis hihiii