Friday, June 22, 2012

MEE KARI BEBOLA IKAN ^^

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..pagi2 buta lagi yana nak tayang Mee Kari Bebola Ikan menu yang sudah hampir seminggu diabiskan ^^..Ekceli, minggu lepas tibe jer tringin nak makan mee kari..dah setahun duk Kepala Batas tapi belum ketemu dgn mee kari yg betul2 memenuhi citarasa..nak tak nak buat sendiri je lah..baru puas hati..sedap ke tak kita makan jua kuikui..

Mee Kari kalau nak sedap kena letak kerang banyak2..hmm..1 lagi problem..Cik Abe tercintaku xleh makan kerang dan udang..alergik tahap kronik dah kot..udang ok lg..stkt gatal2 hidung mata jer tapi kerang..mmg kna masuk hospital rasanya hihii..so, isteri mithali dia mulalah menyelongkar dapur kawan2 utk mencari resepi mee kari tanpa guna spesis kerang serta kawan baiknya udang..terjumpa resepi Ibundo..Mee Kari Bebola Daging..Tanpa membuang masa terus merempit cari bahan2 di pasar berdekatan..uwaaa..bebola daging plak xde..xkisah lah..janji bebola ikan ada..cukup lah utk 2 mulut jer yang nak makan ^^

Maka jadi lah Mee Kari Bebola Ikan untuk menu lunch ari tu..Sorry bebnyak yer Bundo, dah terderhaka sikit dari resepi asalnya tapi kan saudara saudari sekelian, mee kari ini tetap maveles walaupun tanpa penggunaan kerang dan udang..berbunga di hati bila tgk En.hubby makan dgn laju and siap bertambah lagi..tapi rasanya dia lapar sgt kot time tuu..sbb bekpes mkn roti bakar ajer hahaaa..

Panjang lebar pulak bebelan pagi2 buta nii..kita semak je lah resepinya..Mintak izin yer Bundo, yana share kat sini pulak..Resepi asal Mee Kari Ibundo ni bleh jer tgk kak SINI..

lepas snap baru prasan lupa letak tauge ^^
MEE KARI BEBOLA IKAN

BAHAN-BAHAN:-

1 bungkus mee kuning
200 gm daging lembu
20 biji bebola ikan
1 bungkus fish cake
Santan dari 1 biji kelapa
2 sudu besar rempah kari
1 kiub atok ayam
1 biji keledek saiz sederhana
Air asam jawa
Beberapa helai daun kari

BAHAN KISAR :-

1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
2 batang serai
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
8 tangkai cili kering

BAHAN HIAS:-

Taugeh dicurah dengan air panas sekejap
Sawi dicelur
Tauhu digoreng kemudian dipotong
Cili merah
Telur rebus
bawang goreng
Limau kasturi
Daun sup/daun bawang dihiris

CARA NAK BUAT:-
  1. Rebus daging hingga lembut.
  2. Rebus keledek sehingga empuk dan blender hancur/halus.
  3. Campurkan bahan kisar danrempah kari dan gaul rata.
  4. Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar+kari serta daun kari sehingga wangi. Masukkan ke dalam periuk rebusan daging.
  5. Apabila daging empuk, masukkan santan, bebola ikan, fish kek, tauhu dan juga keledek yang telag diblender.
  6. Bubuh kiub stok ayam.
  7. Tambah sedikit air asam jawa dan garam secukupnya.
* Bila nak makan, taburkan lah bahan-bahan hiasan.

Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

kak Ros suka mee kari....biasanya kak ros masukan taufo fok banyak2.

Amie said...

Kalau makan mee karikan Yana, kak Amie mesti habiskan kuahnya dengan aksesorinya dulu... slurrpppp

Sari Yusa Ibrahim said...

suka makan mee kari... merecik2 kat baju, hihi

Nuwairani Ismail said...

kalau makan mee kari tak boleh pakai baju yang cantik2. habis kotor depan baju. kalau makan style kontrol2 pulak mcm tak syok pulak. tp mee kari ni memang best. kat sabah macam takde kerang. kalau buat pun kena pakai kerang dlm tin

zila norazila said...

kita sam mcm kak amie..perabih isinya dulu mi tu mesti last2..ha h ahha sedapnnyaaa;)