Saturday, June 23, 2012

PUDING ROTI SOS KASTARD

Assalamualaikum dan salam sejahtera..hari ni tak mau cakap banyak..ada hal pulakkk nak setle kejap lagi..kita cuci mata dulu dengan menu petang beberapa hari lepas huhuu..Ekceli, badan yana sedikit kepenatan setelah beberapa hari berpuasa..Alhamdulillah..Allah SWT masih memberi kekuatan untuk yana berpuasa di penghujung Rejab dan lepas tu terus sambung bulan Syaaban..Dah xsabar rasanya menunggu Ramadhan menjelma ^^..Menu untuk berbuka dan sahur juz yg simple2 ajer..nak tayang pun malu hihii..kita layan je lah Puding Roti Sos Kastard nii..yana buat 1/2 adunan jer..cukup lah utk family kami yg kecik nii ^^ 



PUDING ROTI SOS KASTARD
Sumber cuci mata : Kak Izah @ Izah Muffin lover

BAHAN-BAHAN:-

8 keping roti
* 500 ml susu segar
* 4 sudu besar gula halus ( yana ganti madu )
* 2 sudu butter - cairkan
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar kismis

CARA NAK BUAT:-

  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan2 bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20 - 30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau sehingga masak.


SOS KASTARD

1 tin susu cair
2 s/b tepung kastard - hana letak 1 1/2 sb jer
2 s/b gula

CARA NAK BUAT:-

Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Tuang ke atas puding roti tadi.

Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Nuwairani Ismail said...

sedapnye! dah lama nani tak buat ni. kalau nk buat ni selalunya tunggu roti yang dah nak expired jela.kalau nani kat sini selalunya roti tu pun nani buat sendiri sebab susah nak dapat roti yang sedap. hohoh

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikuk Yana..

wah lama dah kak Naz tak buat puding roti cam ni. Mmg best dimakan bersama sos kastad tu kan.. Nyum..nyum..

rahel said...

Wah..ada puding roti..sedap la dimakan panas2...

Amie said...

Sos kastardnya dah meleleh... sewaktu dengan melelehnya air liurku... hu hu huu