Monday, June 25, 2012

KUIH BAKAR KELEDEK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Dah minum petang ke semua..Kalau belum jom Yana jamu semua dengan Kuih Bakar Keledek..sedap sangat rasa lemak2 santan+keledek..Baru 1/2 jam keluar dari oven terus nak potong maka hasil potongan nmpk xcantik sangat huhuuu..xpe lah..janji kuih sedap..kita jer nak makan ^^..Tq pada Kak Yatie sudi kongsi resepi ni..yana mintak izin kongsi kat sini pulak yer untuk rujukan pada masa hadapan ..seperti biasa yana buat 1/2 adunan jer..cukup lah utk family kecik kami ini ^^




KUIH BAKAR KELEDEK

BAHAN-BAHAN:- 

4 biji telur
3 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cawan keledek ( rebus dan lecek )

CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan oven pada suhu 200c, lenser loyang dengan mentega. ( Kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin ( 7x7x3 ) inci. Ketepikan.
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

Selamat Mencuba :-)

5 comments:

zila norazila said...

salam yana..alaahaiii sedapnya..mesti wangi semerbak jew baunya..:) akk suka nie.

Amie said...

Selamat petang Yana.... banyak dah koleksi kuih-muih Yana, ada aje yang dibuat ye.. senanglah gini nak buat rujukan kalau kak amie nak godek2 tepung ye Yana.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kat rumah ada stok keledek.. entah bila nak dikerjakan.. hhihi.. akak percaya mesti sedap bingka keledek ni... cantik kejadian bingka yana buat ni....

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Yana..

Nak sepiring mee goreng mamak kat bawah tu boleh?hehhe..

Sedap nampak kuih bakar Yana ni. Kak Naz kekadang tu teringin nak buat tp kat rumah ni cam tak dapat sambutan jer kalau buat kuih bakar ni. Tp tak try mana tau kan.. Minta sepotong..

Yatie said...

waduhhh wat akak terliur je tngk bingka keledek Yana ni,tq sudi mencuba dan kena dngn selera Yana..