Wednesday, June 13, 2012

NASI JINTAN PUTIH & AYAM KASHMIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Alhamdulillah bersua lagi kita pada hari ini..3 hari menyepikan diri dari dunia maya..terasa rindu pula pada kawan2..hmm..ekceli, tuan umah baru menyihatkan diri..biasalah kan bila dah preggy nii..ada jer gangguan kesihatan..Tambah pula dengan musim panas skg nii..badan cepat sangat penat ^^

Nak citer pulak pasal Nasi Jintan Putih yana buat untuk lunch semalam..dah lama simpan resepi nasi ni lepas Kak Ayu tayang tapi biasalah bila dah terlampau banyak resepi yg menunggu Q maka terlupa sudah pasal nasi nii..2 ari lepas selongkar balik almari lama and jumpa ler resepi nii..tgk semua bahan ada jadi on je lah lagi pun dah lama xmasak nasi spesel mcm nii..Skg yana xselera nak makan something yg kat luar..penat ke xlarat ke memang nak jgk masak kat umah.. makan nasi dgn telur goreng pun jadi lah..janji masak sendiri..hmm..pelik perangai pembawak budak nii kan..dulu bkn main nak mkn yg beli jer..xselera langsung nk makan yg kat umah ^_^

Terlebih cakap pulak pagi2 nii..kita semak je resepinya..yana nak BW umah kengkawan pulak.. InsyaAllah klu larat nak singgah semua dapur..nak intai resepi best utk hari ni pulak ^_^

sedap nasi nii ^_^
NASI JINTAN PUTIH
Sumber cuci mata : Kak Ayu S'pore & Kak Nor

BAHAN-BAHAN:-

4 1/2 cawan beras basmathi ~ di basuh, rendam sekejap, basuh dan tos
1 biji bawang besar ~ dihiris nipis
4 biji bawang putih ~ ditumbuk @ dicincang
2 sk serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit ~ yana xletak
4 sudu besar minyak sapi
2 biji pelaga
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2-3 helai daun pandan
1 1/2 kiub vegetable stok
4 - 5 sudu besar plain yogurt
5 - 6 cawan air
2 biji cili hijau dibelah tanpa putus
2 sudu besar susu cair
Garam + secubit perasa


CARA NAK BUAT ;-
  1. Panaskan minyak sapi dan tumis cengkih, kayu manis dan pelaga.
  2. Masukkan serbuk jintan putih, hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan lada hijau, serbuk kunyit, garam & beras yang sudah dibasuh dan tos tadi.
  4. Gaul rata dan masukkan plain yogurt, kiub vegetable, susu dan air.
  5. Biarkan masak macam nasi biasa.


Resepi Ayam Kashmir yang sgt maveles..dah banyak kali yana buat..husben yana dgn damia suka sangat sbb tu selalu buat ^^..biasa kalau buat mmg yana buat kuah banyak..nanti boleh mkn dgn roti putih xpun dgn roti paratha..mmg sedappp hingga menjilat jari jemari ^_^

AYAM KASHMIR
Resepi : Kak Dayang

BAHAN-BAHAN:-
1/2 ekor ayam ( dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka )

BAHAN A
6 biji bawang merah ~ dihiris
1/2 labu bawang besar ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inci halia ~ dihiris
1 batang serai ~ diketuk
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

BAHAN B
3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato ~ di potong kecil
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
2 biji kentang ~ dipotong ( yana potong wedges & goreng dulu )


CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. 
  2. Satukan serbuk cili di dalam mangkuk dan bancuh dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan masak.
  4. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
  5. Hidangkan setelah masak.
Selamat Mencuba :-)

6 comments:

HaSue said...

salam rindu Yana..
siannya x sihat lak ek.. syukur la dah sihat semula. mmg kena byk sabar masa kendong anak guna perut nih.huhu..

pasal mkn kat luar tu sama la cam akak..masa morning sickness mmg nk mkn kat luar je,tp beberapa hari je rasa dah muak.. mkn kat umah wpun simple mana tp best..akak xleh msk,hb tolong mskkan..hee..dah abis mrning sickness tu mls la pulak nyusahkan hb.

apa2pun mmg nmpk menyelerakan ayam n nasi tu skali...rajin makyung sorang ni buat aneka nasi..
dah terpanjang gak komen ni...mcm nulis kat blog sndiri lak ek.hihi

Nuwairani Ismail said...

salam kak yana...

ayam tu sungguh menggoda iman. huhuh... belum pernah lagi masak ayam pesen2 gitu. nak kene terai jugak ni.
kalau nani, memang prefer masak sendiri sebab kat luar tu belum terjamin kebersihan dan kesedapan makanan tu. hihih
jaga kesihatan elok2 tau.

tun_telani said...

alaa... baru je teringin nk buat nasik tu. tgk2 ada yogurt pulak. tun mmg xpernah beli natural yogurt tu. tu yg xpenah buat mana2 resepi yg ada yogurt.
semoga sihat2 selalu ye.. xpe, tun penah dgr kalau mcm2 ragam masa pregnant, baby senang kuar..tp xtau laa fakta tu blh pakai ke tak.. hihi

rahel said...

Salam Yana,sangat menarik nasi jintan putih ni..mudah je bahan2nya dan ayam kashmir tu pulak memang mengancam..gandingan yg mantop..

quinnie said...

sedapnya nasi...kita kalau nasi bertumis ni memagn suka sgt..hehhehe...dua2 resepi dah salin berzaman dulu tapi tak jugak buat2 lagi..hahahha..aduiii....

Amie said...

Yana cayangggg... terliur kak Amie dengan hidangan yang sungguh enak nih! teringin nak makan tapi belum sampai seru nak buat... kena panggil semangat dulu niii