Wednesday, June 13, 2012

CHOCOLATE BROWNIES TANPA TELUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..xmau bebel byk petang yg dah hampir magrib nii..Chocolate Brownies Tanpa Telur resepi Kak Fida yana buat utk minum petang tadi..semalam En.hubby bersuara nak mkn brownies lg..hmm..malam tu terus teringat xpenah cuba lagi resepi Kak Fida..Resepi brownies nii yana selongkar kat umah Nani sedikit masa lalu..Nani asyik memuji kesedapannya dan ternyata mmg betul sedappppp!!

Dah azan lahh..nanti kita sambung lagi yerrr..layan je lah pic yg xseberapa nii..penggemar brownies dah xtahan nak makan..kita main snap jerr hahaaa..jumpa lagiii ^_^


CHOCOLATE BROWNIES ( TANPA TELUR )
Resepi : Kak Fida @ MyR
Sumber cuci mata : Nani @ Life Is Beautiful

BAHAN-BAHAN:-

1 cawan tepung gandum
1 sk tepung jagung
1/2 sk bicarbonate of soda
1/8 sk garam halus
3/4 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko

BAHAN B;-

1 cawan susu cair
2 sb susu manis
1/4 cawan mentega cair/minyak sayur
1 sk esen vanilla

BAHAN C

Kekacang atau choc chip utk tabur

CARA NAK BUAT:-
  1. Ayak bahan A dalam sebuah mangkuk.
  2. Satukan bahan B dalam mangkuk berasingan.
  3. Masukkan A ke dalam B dan kacau perlahan lahan hingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu mentega dan dialas dengan kertas. Tabur kekacang atau choc chip rata2. Bakar pada suhu 160c selama 25 - 30 minit.
  5. Adunan brownies ni jugak sesuai dibakar didalam cawan kertas. Isikan adunan sehingga 3/4 cawan kertas. bakar selama 20 minit.


Selamat Mencuba :-)

8 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam Yana, akk tak pernah cuba lagi ni brownies mcm ni, nampak sedap n resipi pun simple je. resipi kak fida mmg menjadikan, yana. Yana guna nama apa kat Myresipi

tun_telani said...

kak yana cayangg.. tun suka sgt makan brownies.. dh lama x makan.. nk wat muka sedih ni, kot2 laa ada yg sudi bagi brownies kat tun. hihi

Liza said...

mmg nmpk moist je brownies tu yana, nnt akk pun nk try la, tgk bhn2 pun senang je...thnx ye

norlieharumaini said...

nampak lembut je.. suka.. hantar sini boleh

Asyifa Mustaffa said...

nmpk mudah jer adunan tu...
nak try la nnti...anak sy hadif tu..pminat mkanan2 cmnie....
ambik resepi ye...:)

Nuwairani Ismail said...

huhuh....kak yana mucuk mucuk! heheh...best kan resepi ni. nani selalu buat time terdesak xde telur. adik ipar yang pantang telur pun mintak resepi ni sebab teringin sangat nak makan brownies. nampak gebu n moist je.

Nieza said...

Assalam yana, sedap tu...lama tak buat brownies resepi ni mcm menarik nanti boleh try:)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Yana :)

Lama betul tak mkn apa lagi buat brownies! nmpk gebu n moist jer!!!