Saturday, June 16, 2012

MASAK LEMAK CILI PADI REBUNG MADU DAN UDANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera^^..xde idea pulak nak buat esei hari nii..badan sedikit penat bila buat keje xberenti..sebelum nak melelapkan mata sekejap jom layan menu lunch semalam dulu..xsempat nak post..Masak Lemak Rebung Madu & udang..Rebung madu ni pemberian ibu mertua masa blk kg ari tu..dia siap celur lagi nak bg kat menantu dia nii..

Ekceli, ni 1st time yana masak rebung..tak pernah masak sendiri walaupun rebung salah satu feveret yana..slalu makan orang lain masak hihii..jom layan je lah..yana cuba resepi dari sifu CMG..simple dan sedap sangat..tq CMG..mintak halal yana share kat sini pulak yerr ^^


MASAK LEMAK CILI PADI REBUNG MADU & UDANG

BAHAN-BAHAN:-

800 g rebung buluh yg telah dibersihkan ( yana guna rebung madu )
1/2 cawan isi udang ( yana guna udang sederhana besar )
3 batang serai ~ dititik
2 helai daun kunyit ~ disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-

1 genggam cili padi kampung jenis hijau
1/2 inci kunyit hidup tua
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih


CARA NAK BUAT ;-

  1. Rebung dihiris nipis atau gunakan penyagat. cuci dan celur hingga rebung sedikit lembut, toskan ( kalau nak sedap celur guna air kelapa dari kelapa segar yang kita guna untuk memasak gulai ). Ketepikan .
  2. Masukkan rebung celur, serai titik dan udang ke dalam periuk. Tambah bahan2 kisar halus, kacau rata dan masak sekejap atas api. Kemudian tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih hingga rebung lembut.
  3. Masukkan asam gelugor dan pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, biar mendidih dengan api perlahan. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh tutup api. hidangkan.
Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Nuwairani Ismail said...

nani pun tak pernah masak rebung sendiri. suke jugak makan tapi org lain yang buatkan la. heheh...

Yana Shaiful said...

@Nani>sama la kita..lg best kot klu org lain msk hihii

Amie said...

Sedap betul ratah rebung masak lemak cili api yang baru kuar dari periuk Yana.... terlupa kat udangnya kejap he he he hehh

shamila ahmad said...

saya pun suka makan rebung masak lomak...mula rasa masa mertua buat... terus suka rebung,dah masuk dalam list fav food..