Thursday, June 14, 2012

ROSEMARRY GRILLED CHICKEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^..dah lunch ker semua..hari ni lunch yana simple2 ajer..males nak masak banyak2..bkn ada org nak makan pun..en.hubby pun dah gtau xmau mkn nasi mlm nii..waaahh isteri dia apa lagi..tersenyum lebar dalam hati sbb xyah masak nasi and lauk bagai..baik sungguh isterimu ini kan ahakkksss ^^


Lunch for today Rosemary Grilled Chicken with potato..kenyang dan tersangat lah kenyangnyaa hihii..masak yg ni senang..lepas solat subuh tadi yana perap and kul 11 masuk oven..sambil tu bleh baring2 tgk tv dgn damia..sejam kemudian dah bleh makan..senang kan ^^..tq pada empunya resepi Kak Wana dan juga kawan2 yang telah mewar2kan resepi ayam grill yang sedap sgt nii..  dah 2 kali rasanya yana buat..1st time buat ari tu xsmpt nak snap pic..semua dah kelaparan tgk ayam yang mengiurkan ini hihii..jom kita semak resepinyaa ^^


ROSEMARY GRILL CHICKEN
Sumber cuci mata : Kak Zila, Kak Nor, Mama Sya & Ibundo

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam - guna peha ayam pun boleh
5 - 6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2 - 3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
Sedikit perasa ( yana skip )
2 sudu besar jus limau ( yana guna limau nipis )
3 sudu besar olive oil
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carrot
Sedikit mentega - utk sapu atas ayam



CARA NAK BUAT :-
  1. Ayam dibersihkan.
  2. Tumbuk halia hingga lumat, kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
  3. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  4. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar. Tumbuk kasar.
  5. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  6. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa dan jus limau ke dalam rempah yang telah ditumbuk tadi. gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  7. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam peti sejuk beberapa jam.
  8. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak. ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
  9. Sudun ayam. kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180 - 200 c selama 1 jam - bakar sampai masak guna api atas bawah
Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Chekgu Azrine said...

bolehla buat nanti..serius nampak sedap sangat..anak2 rine sure suka nih..

Qhaifa Nur said...

sedapnya...ratah pun sedapp..
nak share resepi...

Liza said...

kalau diet tgk ayam cmni, punah ranah diet....ye la, bkn seketul tp kompem berketul2 masuk mulut....hihihiii

Nuwairani Ismail said...

lupa pulak nak cari rosemary masa balik kg hari tu. kat sini konfem takde. tak tahu apa aroma rosemary tu. teringin jugak nak try.

tun_telani said...

kak yana cayang~~~ suka nya ayam bakar! tun pernah buat sekali nih, pastu tun tercuah byk pulak rosemary tu. terus ada rasa mcm pahit2 sket. kui kui.. nx time kene buat hati2 sket =)