Saturday, October 29, 2011

TAUHU KUKUS

Assalamualaikum semua..bersua lagi kita..hujan lebat dari tengah hari belum lagi benti..risau juga dihati menanti En.H yang belum lagi menampakkan diri..agak lewat pula dia blk mlm ni..Moga perjalanannya selamat..citer pasal mkn pula..Tengah hari tadi yana juz layan menu simple..Dah ramai rakan2 blogger yg mencubanya..Yana pun dah kali ke 3 rasanya buat menu ni.. Alhamdulillah menepati selera untuk org yang diet nasi nii..ngeee..

Sesiapa yang belum cuba..dipersilakan mencubanya..mmg tak rugi..amat mengenyangkan dan yang penting menyihatkan..sesekali mkn mcm ni tibe jer rasa dah kurus hahaaa..Tima kasih Kak Ummi share resepi yang sedap dan senang je nak masak..Jom kita layan pic je lah ek..nak kongsi pun dah kehabisan hihii..

Resepi: Chef Harun Majalah Saji Januari 2010

Sumber: Kak Ummi,Tun & Nani

  • 2 keping tauhu lembut
  • 1 sudu besar udang kering - dibasuh dan cincang ( yana xletak )
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram (*akak letak 2 sudu besar)
  • 1 sudu teh minyak bijan ( yana xletak xde stok..xpnh beli pun hihii )
  • 1 sudu teh kicap cair - akak tambah lebih sikit (yana letak kicap manis )
  • 5 sudu besar minyak masak
  • Bawang goreng secukupnya
  • cili merah dicincang halus ( yana letak cili api )
  • sedikit daun bawang yang dicincang halus
  • 2 cm halia dicincang halus ( yana tambah )
  • Tauge ( yana tambah )
  • Sayur sawi ( yana tambah )

CARA NAK BUAT:-
  1. Letakkan tauhu di atas pinggan tahan panas/caserol dan kukus selama 7 minit.
  2. Keluarkan tauhu dan buang airnya. (*akak just erengkan bekas dan tuang air perlahan-lahan). Sapukan dengan sos tiram dan sejukkan. ( yana buat je mcm Kak Ummi )
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan udang kering hingga kekuningan.
  4. Tutup api dan masukkan taugeh dan sawi. Kacau kejap. Angkat dan tuangkan di atas tauhu tadi perlahan-lahan.
  5. Bancuhkan sekali minyak bijan, kicap cair dan 1 sudu besar minyak lebihan tumisan tadi. Tabur daun bawang, cili dan bawang goreng. Hidangkan.
Selamat Mencuba :=)

9 comments:

Mas said...

baru je td makan tahu lembut msk cam gini kt chiken rice shop. Suka tp belum pernah try buat sendiri lg. Pasni boleh lah tiru resepi yana plak :)

nuwairani ismail said...

wah! minat betol dengan tauhu kukus...nani dh lama tak buat sebab tak gi bandar...

rahel said...

Salam..memang suka gak ngan tauhu yg lembut cam ni..siok sangat.

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Yana,
Best tauhu ni.. Pernah makan kat kedai tp tak pernah buat sendiri..hehehe..

Totie@Tomy said...

saya rasa kat chiken rice shop pun ada kot..tapi yana punya ni terbaik wooo..homemade lagi best..

Citarasa Rinduan said...

alamak..
yana..............
mmg terbaik lah...
k,ayu terliur..

Cheq Sue said...

teringin nak cuba resepi ni, cheq sue x berapa gemar tauhu... nanti kalau ada masa yana chek n3 ni ye

http://chequesuechekgu.blogspot.com/2011/10/peserta-ga-resepi-pilihan-pemenang.html

EmbunRosaliza said...

aSSALAM YANA, MMG BEST TAUHU KUKUS MCM NI KAN, AKK PERNAH BUAT RESIPI DJ, LAMA TAK BELI TAUHU LEMBUT TU

Diana @ Melley Mey said...

alahai... tgk tauhu kukus nie terus meleleh air liur d buatnya tau yana... sedaaapnya...