Wednesday, October 5, 2011

CUCUR BILIS KEMBUNG~ pembuka hari ini

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..awal pagi lagi dapat pgg cik lappy hari ni..semalam yana masih lagi kebizian..apa laa yg dibizikan tu pun yana xtau..ada je keje nak buat..Kejap lagi InsyaAllah nak keluar pula..tunggu 1/2 jam lagi nak kejut Damia tapi kebiasaanya pukul 9 damia dah tersengih keluar dari bilik..Alhamdulillah..dia xbanyak ragam klu bgn tido..bangun je terus selongkar box mainan dia..xpun cari remote tv nak suruh ibu buka tv..mcm tu la dia tiap hari..ok..stop citer damia hehee..

Pagi ni Yana kelaparan terlalu awal..mcm nak kena gastrik jee coz malam semalam yana xmkn apa..patut la pagi ni perut menyanyi lagu zapin lagi haa..lapar sgt la tuu..Lepas je solat and mengaji sikit terus je masuk dapur buat kacau bilau hihii..tup tup jadi lah cucur bilis kembung yang tak berapa nak kembung nii..

Resepi cucur kembung ni yana selongkar resepi Sofinar MyResepi..ramai yg dah mencubanyaa..semua kembung tapi yana punya..hmm..mcm2 bentuk kejadianya..Dah lama praktis tapi still jugak mcm tu..jadi bentuk kura-kura laa..kepala gajah lah..ngeee..apa2 pun..dah setle maka cucur tersebut..jom layann :=)

CUCUR BILIS KEMBUNG
Resepi: Sofinar


mcm2 bentuk kejadiannya :=)
BAHAN-BAHAN:-

300gm tepung gandum
1 biji telur ( yana tak letak )
1 sudu yis mauripan
1/2 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar
2 pokok daun bawang 
1 1/2 cawan air ( ikut kesesuaian )
Tauge ( jika suka )
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit gula ( yana tambah )



CARA NAK BUAT:-

  1. Blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga hancur
  2. Gaul tepung dan yis sekejap, masuk semua bahan dan gaul rata. Perap lebih kurang 30 minit.
  3. Jemput2 dan goreng. Cucur ni lembut dan bulat2. Enak dicicah sos cili.
  4. Note: adunan agak cair sikit tapi jgn risau, bila masuk minyak, mmg akan kembang..
Selamat Mencuba :=)

11 comments:

tun_telani said...

kak yana tak tak, kalau hasben tun, makan cucur ikan bilis tiap2 hari pun xpe.. hihi..

quinnie said...

yana...dah lama betul kita tak buat cucur...kecur je nengok...bila nak buat perut ni asyik kenyang je...kekekke

Nurul said...

tengok cucur ni, terasa nak plak... lama dah K Nurul x buat... :)

Amie said...

sedapnya makan sambil duduk santai minum secawan teh.... adehhh...nyamannya, nakpula ada kawan sembang2...maunya habis sepiring...

Yana Shaiful said...

@Tun> org utara mmg suka cucur bilis kot..husben k.yana mcm tu jgk..klu bt cucur mst dia suh letak ikan bilis

Yana Shaiful said...

@Kak Q> yana slalu bt cucur..husben mmg suka mkn cucur waktu petang..sebulan tu kena la 3@4 kali buat hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Nurul> kejap je kak nak bt cucur ni..yana slalu bt tp xmkn sgt..bg hubby je mkn..yana xgemar sgt klu kuih bergoreng ni:=)

Yana Shaiful said...

@Kak Amie> betul tu kak..asyik duk cicah jee sambil sembang mmg xsedar abih hehee

nuwairani ismail said...

kite dah buat ni...memang sedapppp

Yana Shaiful said...

@Nani> mmg sedap kan..lembut jee :=)

Anonymous said...

greetings yanashaiful.blogspot.com blogger discovered your website via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered website which offer to dramatically increase traffic to your site http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com