Friday, February 27, 2015

AYAM GORENG BEREMPAH SERAI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Menu ayam lagii..Terpikat dengan resepi Ayam Goreng Berempah Serai kat dapur Kak Izah Daut beberapa yang lalu..Sekarang ni memang keje cari resepi ayam je..nak tambah koleksi hehee..



Anak2 makan ikut mood skg nii..kadang2 suka ayam kicap..pastu ayam merah..pastri ayam bakar..pasfor bergoreng tapi yang bersup jangan la dibuat..mesti buat muka..memang tak nak langsung dari dulu hingga sekarang..tak ada sorang pun ikut perangai ibu yang suka sangat sup ayam ^__^



Jemput makan semua..Yang ni puan tanah punya plate.. Ayam goreng + kari telur pecah + acar campak2 ^__^..Tq kak izah dan love share resepinya~~~~


AYAM GORENG BEREMPAH SERAI
Resepi ; Love
Sumber cuci mata : Izah Muffin Lover

BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam

Bahan dikisar bersama :-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
3 - 4 batang serai

..................................

3 sudu besar cili kering kisar/cili boh ( lebih/kurang ikut citarasa )
2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices ( takde pun takpe )
Garam & aji secukupnya
3 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama dengan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya tenggelam ketika digoreng
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Tabur daun kari bila dah 1/2 masak
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja!..yummy!!

Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Mayang ABDUL RAZAK said...

waduhhh.. mengoda betul ayam tu posing gitu.. terus lapar ni.. haishhh lum makan ni... nak cari ayam.. nak cari ayam..

Bbwana adienia said...

memang menggoda..wana makan apa saja jenis masakan ayam :)

Jueliza Jamani said...

salam perkenalan.. im follower 272.. sedapnya ayam goreng berempah tu.. makan dengan sambal belacan & timun serta nasi panas sedap!!!

Unknown said...

Ermmm.....

Unknown said...

Ermmm.....