Wednesday, February 25, 2015

RED PEARL COOKIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Pepagi ni kita layan biskut dulu deh..kelmarin tetiba rajin nak buat biskut raya..huhuu ~~Red Pearl Cookies yang sedap hokey..nampak je kak Ita tayang kat FB hari tu terus berkenan nak buat.. Tunggu wiken je keluar beli cornflakes..dah lama tak beli cik cornflakes nii..anak2 dah boring nak makan tapi bila dah jadi biskut macam ni memang laju je habis...


Biskut ni masuk list biskut raya tahun nii sebab senang nak buat dan yang penting sedap ^__^.. Seronok tengok anak2 dgn ayahnya makan tak berenti..Okess..jom semak resepinya~~~


RED PEARL COOKIES
Resepi : Jaja FnR
Sumber cuci mata : Zack Zachoes & Kak Ita Masam Manis

BAHAN-BAHAN:-

150 gm butter
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus @ gula kastor
60 gm cornflakes
50 gm coklat chips
25 gm almond nibs
1 sudu kecil esen vanilla
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Mula2 kita satukan butter dan gula. Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti
  2. Masukkan tepung dan gaul rata
  3. Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanila. Kemudian gaul rata
  4. sudukan atas dulang pembakar
  5. buah ceri pula potong memanjang atau dadu. Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170c
  7. bakar biskut selama 20 - 25 minit bergantung pada kepanasan oven masing2
  8. Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Kak Vit said...

sedapnya Yana pagi2 layan biskut.. hihi..

Sweet red cherry said...

Senang pula buat biskut ni kan..mesti sedap sebab ada cornflakes.. :)

tun_telani said...

selamat hari raya kak yanaaa.. hehehehe...
tun dh lama x buat kukis..

rahel said...

Wah...ni mesti sedap punya...nanti nak buat jugak....
Kita sama la Yana...bukan time raya pun minat buat cookies gak...hehehe