Sunday, December 4, 2011

APAM PELANGI

Assalamualaikum dan salam hujung minggu..alam maya kesunyian jer ari ni kan..semua penghuni tiada di rumah masing2..keluar jjcm bersama family tercinta..Yana duk umah jer..damia masih kurang sihat..hmm..risau bila dia xselera mkn..minum susu jer..pagi tadi sempat jugak yana buat kuih apam untuk dia..Alhamdulillah..mkn jugak walaupun sikit..kuih apam mmg feveret Damia..mmg slalu yana buat..pagi tadi yana buat Apam Pelangi.. Dah byk kali buat cuma x post jer kat sini..

Apam Pelangi ni memang sedap..rasanya dh ramai blogger yang buat..so, xyah yana citer panjang lebar yer..semua dh tahu tahap kegebuan dan kesedapannya hehee..Tq tuan empunya resepi Gynaelenna@Myresepi..Jom kita layan..

APAM PELANGI


BAHAN-BAHAN;-
( yana buat 1/2 adunan jer )

4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanilla
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
Pewarna


CARA NAK BUAT:-

  1. Pukul telur dgn gula dan ovelet hingga gebu.
  2. Masukkan santan dan esen vanilla. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
  4. Bahagi 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna
  5. Tuang selapis demi selapis hingga habis. kukus  30 minit sehingga masak.

Selamat Mencuba :=)

7 comments:

tun_telani said...

salam kak yana... kesiannyer, damia blh sihat lagi ye. moga2 cepat sembuh.. tun pernah buat apam pelangi nih. tp resepi lain.. byk betul sumber resepi apam pelangi nih.. tp mmg sedap =)

Gee® said...

salam ziarah Yana, canteknya apam...mesti sedap kan..?

Citarasa Rinduan said...

yana

lama kak tak singgah sini..
mungkin angin laut.. meniupkan kak kesini

moga kamu sejahtera selalu ya dik..

apam...........
wahhhhhhhh nakkk
cantik dan gebu

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Yana..kat sini asyik mendung dan hujan je...datang rumah yana la tengok pelangi.

rahel said...

Salam...canteknya apam pelangi..terasa nak try pulak..

Amie said...

teringat lagu pelangi petang bila baca resepi yana.... cantiknya!

EmbunRosaliza said...

assalam yana, sedapnya apam pelangi tu, cantik kalernya