Tuesday, December 20, 2011

LALA SOS PEDAS

Assalamualaikum semua..sory yer tuan umah xsempat nk update blog awal hari ni..malam baru bleh ngadap cik lappy..bz memanjang ^_^..Hari ni juz masak simple2 jer..Semalam p pasar and beli lala yg nmpk fresh jer..tgk ikan xselera pulak..semua dh mata merah..hmm..beli lala je lah..ikan tgu esok lusa baru beli ^^..Menu hari Tomyam ayam & Lala Sos Pedas..Dah lama nk mencuba resepi Lala Sos Pedas dari Kak Nor Secubit Garam..Dah ramai yg mencuba..yana asyik tangguh jer..pe2pun dh jadi pun tadi..1kg kejap jer abis hihii...

Tak leh nk membebel byk dah..budak tecik ni dah mula kacau..Mintak izin yer Kak Nor cayang..yana share kat sini pulak..lain kali bleh buat lagi..^_^

LALA SOS PEDAS
Resepi: Kak Nor@Secubit Garam




BAHAN-BAHAN:-


1kg lala ( dibersihkan dan toskan )
3 ulas bawang putih ( diketuk )
1 inci halia ( dihiris spt batang mancis )
2 batang serai ( dihiris serong )
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili thai
2 sudu sos ikan
2 helai daun limau purut ( dicarikkan )
Sepokok daun ketumbar ( dihiris )
1 biji cili merah ( dihiris )
1 biji limau kasturi/nipis
1/4 cawan air
Garam
Gula
Minyak




CARA NAK BUAT:-

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan serai hingga wangi.

Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga cili garing.

Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili thai dan sos ikan .

Kacau seketika dan masukkan air.

Biarkan hingga mendidih dan masukkan lala, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.

Tutupkan kuali dan biarkan lala masak (sehingga kulit lala berubah warna kemerahan)

Masukkan daun ketumbar, jus limau dan cili merah.
Padamkan api dan kacau.
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.


Selamat Mencuba :=)

12 comments:

Liza said...

salam yana....lalalaalala...akak dtg siap nyanyi lg ni....hihihihi
bestnya lala...

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Yana..
Akak suka lala ni.. sedapnya dapat ratah macam tu jer.. Terliur akak dah ni tau..

nonierahman said...

salam kak yana.sedap nie lala,my favourite dah pernah cuba resepi kak nor.mmg terbaek

Anna Qawina said...

geramnya tgk lala...

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...sedapnya masak lala ni..teringin gak nak mencubanya....

chikadakbiru said...

sedappnyeeeeee..weee suke seafood

Yana Shaiful said...

@Kak Liza>yana smbung plak ye kak lalaalalaa..^_^..rmai suka lala kan..:)

Yana Shaiful said...

@Kak Naz>nnt bt lah kak..yana suka sgt lala..kerang plak xsuka sgt :=)

Yana Shaiful said...

@Nonie>mmg bestkan resepi Kak Nor ni..lain kali bleh bt lg..terbaekkk ^_^

Yana Shaiful said...

@Anna>geram je ke kak..amek lah..yana bt xnmpk jer hihii

Yana Shaiful said...

@Sue>nnt cubalah Sue..mmg berbaloi..bt byk2..krg xckp hihii

Yana Shaiful said...

@CB>yana suka lala jer..seafood lain kureng skit..1 kg lala kejap jer ratah hihii