Wednesday, December 7, 2011

DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Assalamualaikum dan selamat pagi..Juz nak post menu semalam..krg ada yg tertunggak pulak..sebelum damia jaga jom kita layan Daging Masak Merah Ala Thai dulu..Yana suka daging masak merah ni..Mama yana slalu buat klu anak2 dia blk..dia blaja dgn jiran umah kat klate..area umah kami kat sana ramai org thai..kali ni yana buat utk hubby mkn dgn nasi goreng..Bahan sukatan ni yana main campak2 je ikut sedap tekak kat umah nii..klu ada yg nak try nnt bleh lah adjust sndiri bahan2 yer..kot2 ada yg tambah kepedasan ke..pe2pun jom layann:=)

DAGING MASAK MERAH ALA THAI


BAHAN-BAHAN:-

250gm daging ( rebus dulu yer baru hiris..air rebusan jgn buang )
2 biji bawang putih ( tumbuk )
2 biji cili api ( tumbuk kasar )
1/2 bawang besar ( potong bulat )
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos bawang putih thai
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos nampla
1 biji cili merah ( hiris )
Sedikit bunga kobis
Sedikit carrot
Garam dan gula


CARA NAK BUAT:-

  1. Rebus daging bersama 1 ulas bawang putih ( diketuk ) dan 1 batang serai ( diketuk ) hingga empuk. Tambah sedikit pewarna merah.
  2. Dalam kuali panaskan minyak. Tumis bawang putih, sedikit bawang besar dan cili api.
  3. Kemudian tambah sedikit air rebusan daging tadi dan masukkan semua jenis sos. Kacau.
  4. Setelah itu boleh masukkan bunga kobis dan juga carrot. Kacau kejap dan masukkan daging bersama lebihan bawang besar dan cili merah. 
  5. Biarkan kuah pekat sedikit baru masukkan garam ( jika perlu ) dan gula. Siap utk dihidangkan :=)

Selamat Mencuba :-)

16 comments:

Qhaifa Nur said...

sedapnya masak daging ni...
kena cari sos thai lepas ni..

rahel said...

Sos Thai dah ada..tapi belum sampai seru lagi nak buat..nampak sedap dan menyelerakan.

cik cek said...

Lauk cam gini...fav anak bujang kak cek...kalau nama daging...masakla apa pun...tak tgk dah lauk lain...kalau ikan...jeling2 dulu ikan apa...he he...selera anak2 ni macam2 kan...:)

tun_telani said...

tun mmg minat menu ala2 paprik nih.. kalau masak ngan ayam mmg laju la nih.. daging tun mmg xleh telan,

Zaliedana said...

Nmpak sedap daging merah ni,ct pon selalu juga msk menu gini..Kalo kat thailand mmg da pewarna khas utk wat daging or ayam msak merah nih,tapi xpernah lak beli..e

EmbunRosaliza said...

Assalam Yana, akk pun suka msak dgg merah ala thai ni, mmg sedap, gambungan sos2 tersebut

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Yana.
Sedapnya daging masak merah Yana ni.. Terliur akak tgk.. Lagi pedas lagi umphh kan...

anymz said...

bila buat tom yam lagi boleh masak daging ni jugak..baru terasa berada di thai kan yana?..akak suka daging masak merah..lagi pedas lagi ummphh

Yana Shaiful said...

@Qhaifa Nur>nnt try lah kak..mmg sedap :-)

Yana Shaiful said...

@Rahel>nnt yana seru ek hihii..Yana bt nk abiskan daging jer nii..lepas ni xtau bila lg nk msk cani..xpenah beli daging :=)

Yana Shaiful said...

@Kak Cek>Anak bujang mmg suka lauk cani kan kak..xyah lah msk ikan..bkn nk mkn pun hehe

Yana Shaiful said...

@Tun>k.Yana msk utk husben jer ni..daging kureng skit k.yana nk mkn..nnt try plak ayam..k.yana xpnh try lg :)

Yana Shaiful said...

@Ct>Haah..yana guna pewarna khas dr thai nii..jd kaler pink dh.. beli kat klate ari tu..kat sini xpnh jmpa lg

Yana Shaiful said...

@Kak Rosa>masak ala thai semua sedap kan..yana suka sgt klu pedas and ada bau daun limau purut..selera mkn nasi hihii

Yana Shaiful said...

@Kak Naz>haah..lg pedas lg selera mkn nasi..yg ni kureng pedas skit..husben yana xtahan pedas hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Anim>ptt mkn dgn tomyam tp males nk msk byk2 hihii..mintak dgn akak je lah semangkuk..bleh x hihii