Thursday, December 8, 2011

SAJIAN PANTAS ^_^

Assalamualaikum..Alhamdulillah yana masih bernafas hari ini..dapat lg kita bersua..tgk tajuk kat atas sajian pantas ala2 Master Chef plak kan hihii..ekceli pagi ni bekpes dgn Cooney Dog..kejap jer nak buat sbb tu jadi sajian pantas..Memang slalu yana buat..cepat dan mengenyangkan..

Tak mau bebel panjang2 lagi..ada keje sedang menanti..jumpa lagi :=)

COONEY DOG



Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 400 gm daging kisar
  • 3 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sdk serbuk lada (chilli powder)
  • 3/4 sdk lada hitam - kisar halus
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
  • 10-12 biji sosej / frankfurter

CARA NAK BUAT:-
  1. SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
  3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  4. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
  5. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya
Selamat Mencuba:=)

8 comments:

quinnie said...

wah sedapnya...biasa kita beli je kat pasar malam..kekeke..buat sendiri lagi bagus kan...jimat pun jimat...hehehe...dah lama salin resepi kak fida daud ni tapi tak pernah buat lagi..duk peram resepi je...hahahha

Qhaifa Nur said...

memang pantas ni...
tak lama lagi nak gi holiday, boleh buat ni...
buat sendiri lagi sedap..

Zaliedana said...

Yana sedapnyer..Ct pon kdang kalo da roti hotdog nih,mmg wat gini juga,sbb cepat sungguh n senang nak wat,daging cincang selalu msk byk2 seksiap ltak frezer,hehe..

nOOrsha said...

yumm..sedapnye yana....teringin lak tp xde stok dgg cincang..uhuhu

Liza said...

salam yana....tu la, macam masterchef pulak kan....hahaha
mmg pantas dan yg penting sodaaaappp...

Amie said...

Assalam Yana,
memang sajian pantas tapi sedapnya tu... heh leleh liur dah nih!

izahdaut said...

Yana..
Tq doakan akak ye. Terharu kata2 smangat dari teman bloger. Waahh sedapnya bf dia. Kekenyangan ni dpt 2 ketul. Best best

rahel said...

Selamat malam Yana..dah tido k? hehe..singgah kejap tengok hidangan yg menyelerakan ni..klu my hubby nampak mesti disuruhnya Rahel buat...