Friday, December 16, 2011

PAU 3S

Assalamualaikum..bersiaran pada petang Jumaat yang penuh berkat..Pagi tadi agak males nak bersiaran..cuaca sejuk membuatkan diri ini nak baring jer dlm selimut hihii..Jom kita layan Pau 3S petang nii..Dah lama nak mencuba lepas tgk Kak Q tayang dgn banyaknya kat umah dia..lepas tu Tun pulak bt tayangan perdana sambil mewar2kan kesedapan Pau 3S nii tapi pembikinan terpaksa ditunda coz tibe jer En.H yana xsihat..And hari ni Alhamdulillah..Dia dh sihat..semalam dah start keje selepas seminggu berhoneymoon kat umah..hahaa

Citer pasal Pau 3S nii kejadiannya tersangatlah lembut..makan sebijik rasa x kenyang ^^..Tq pada Kak Maz coz  pau bidang terjun nii dah berjaya menambat hati yana utk buat lg lepas nii..Tq jugak yer Kak Q coz goda yana dgn Pau 3S yg banyak tuu..next time nk guna sukatan kak Q bagi pulak..Yana bt ikut sukatan ni dpt 5 biji saiz sedang..x puas pulak mkn hihii..sudi2lah yer cuba pau SENANG..SEDAP..SIMPLE..i likee..^_^

PAU 3S


BAHAN-BAHAN:-

  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok (yana guna tepung pau)
  • 120ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam peti ais sekejap senang nak bulatkan ( yana guna inti ayam )
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau


inti ayam+kentang ~)
Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.


7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.



(nota: saya buat dua adunan dapat dlm 12 biji saiz sedang...tepung saya guna  500gm...lepas tu air dlm 270ml kot rasanya....doh saya..dia lembut....bila kita tumbuk2 lepas dia naik tu..doh cam melekat2 skit..jadiknya..saya lumur tgn dgn minyak skit bila nak bentuk kan pau tu...supaya senang nak bentuk kan dia....) 
  

Selamat Mencuba :=)

12 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

saaaalam yana.Bestnya klu ptg2 mkn pau panas2.K.atie singgah nk tapau seketoi-dua..blh ke?

Amie said...

oh yana! kenapalah kakak ni rasa takut je kalau nak buat pau... takut bantat tak jadi... selalunya hanya tolong2 adik je, buat sendiri belum pernah lagi, sedaplah pau 3S yana ni... tapau seketul ye Yana.

dZana said...

aslmkum yana.. akk pun cam trasa2 nk buat bila tgok kt sni.. nmpk sedapp inti kentang yana tu..

tun_telani said...

kak yana!! sama laa kita.. rasa nk duk dlm selimut sepanjang hari.. tp sbb ramai org kat rumah, excited pulak nk masak mcm2. suka je tgk semua berselera bila kita masak mcm2 kan =)
pau yg sedap! tun last time terlebih air, nnti nk buat adunan yg kak maz dh baiki nih..

izahdaut said...

yana... akak pun dah buat pau ni. tunggu ngedit gambo dulu. memang lembut jee kan.
memang sejuk la hari ni. rasa nak gigil je. kena pakai stokin nampak nyer ni.kiki.. kantoi tak pakai stokin berpantang ek. haha

quinnie said...

sedapnya pau..inti daging ek..suka sgt kat pau ni..lembut dan gebu je...buat satu adunan akak sorang je boleh habiskan..hahaha..tu yg kena doublekan...kekeke

Yana Shaiful said...

@Kak Atie> meh mkn sama kak..sedap ni mkn dgn kopi panas..cuaca pulak sejuk :=)

Yana Shaiful said...

@Kak Amie> yana pun br je nk blaja bt pau ni kak..Alhamdulillah..jd jgk.. bleh lah mkn kat umah..xleh jual lg hhiii

Yana Shaiful said...

@Kak Dzana>nnt bt lg kak..senang je kan pau 3sni..kejap je nak bt :-)

Yana Shaiful said...

@Tun> haah kan Tun..suka sgt klu yg kita bt abis org lain mkn..mkin rajin kita nk bt..pau ni mmg mabeles.. lepas k.yana nk try inti lain pulak.. :)

Yana Shaiful said...

@Kak Izah> yana xsmpt nk edit kak..msk jer yg ori hihii..
Hahaa..kantoi sudah org pantang xpkai stoking..dh langgar pantang nii hahaa

Yana Shaiful said...

@Kak Q>tul tu kak..yana rs nk abiskan jer 5 biji tu tp hubby yana yg terlebih mkn dulu..kejap jer dia ngap..lepas ni kna doublekan jgk klu nk bt :-)