Wednesday, December 28, 2011

KUIH SERABAI & KUAH SERAWA DURIAN

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah dipanjangkan lagi umur kita untuk bersua..Hampir seminggu Yana xupdate blog..ada yg merindu x ^_^..Terima Kasih yg tidak terhingga buat pengunjung yg sudi singgah ke umah kecik yana nii walaupun dah lama tuan umah menghilangkan diri ^_^..

Yana sebenarnya baru blk dari cuti2 Malaysia bersama family..seronok sangat dapat berkumpul adik beradik..Seminggu rasa kejap jer..xpuas lagi kami nk berseronok..jalan2, ronda2, shoping2 and paling best mstlah makan hihii..

Tak mau cakap byk lagi..lain kali pulak kita citer..Maaf yer yana xsempat lagi nak BW umah kengkawan semua..InsyaAllah..nnt keje umah dh setle baru yana ketuk2 yer nak intai resepi best2 yg dh ketinggalan agak lama nii hihii..Jom kita layan kuih tradisional dulu..Kuih Serabai dengan Kuah Serawa Durian..Yana buat untuk makan petang semalam.. jemput jamu mata je lah ekk ^_^

SERABAI
Resepi : MamaFahmi

BAHAN-BAHAN:-

500 gm tepung beras
300 gm nasi - kisar halus dgn sedikit air
1 liter santan - masak hingga suam
11/2 camca teh instant dried yeast
Garam secukup rasa

CARA NAK BUAT:-

Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi selama 2 jam ( Mat perap lama sikit ). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang adunan tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaan berbuih dan menghasilkan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan kering, bolehlah diangkat..hidang bersama kuah gula..( yana mkn bersama Kuah Serawa Durian )


KUAH SERAWA DURIAN

BAHAN-BAHAN:-

1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air* (*disatukan, masak dgn api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan )
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*( *dikacau rata2 )
Secubit garam
Gula, jika perlu

CARA NAK BUAT:-

Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dna jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2-3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api. Hidangkan bersama kuih serabai @ pulut tanak..

Selamat Mencuba :)

5 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduhh sedapnyer serabai cicah serawa durian tu.... terliur dibuatnya.. akak pernah buat sekali serabai ni.. teruja bila kita masak nampak lobang2 tu.. hehe.. mlm ni pun ingat nak buat serawa durian.. tp hubby suruh tanak pulut jer.. nak buat serabai takut lambat pulak kena peram 2, 3 jam..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Tengok serabai ni teringat masa kak ros kecik2 kat kampung.Kalau ada tahlil org mati ,dia org suka buat kuih ni.Sedap...

cik cek said...

Serawa durian selalu biat...serabai tak penah buat dan tak penah makan pun...teringin gak nak rasa...nak kena buat la ni kan...he he..:)

Qhaifa Nur said...

unik betul namanya...
cicah dengan kuah durian memang terangkat...

semalam makan gak kuah durian tapi makan dengan roti je..

Citarasa Rinduan said...

kka ayu rindu yana...........
hahahhaa

dik, ada lagi tak?
nak buat menu minum petang.. hehe