Monday, February 23, 2015

AYAM GORENG NYONYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Beberapa hari  ni otak blurr sikit tak tahu nak masak apa untuk anak2..makin besar makin bercitarasa gitu~~memilih sangat bab makan..tapi yang pasti anak2 takkan menolak kalau ayam goreng..Buat ayam goreng tak nak makan nasi pulak..duk ratah ayam jee..sayur mayur pun tak layan..huhuuu~~~~


Okess..pagi ni layan Ayam Goreng Nyonya dulu..Sedapp sangat resepi nii..Alhamdulillah..buat lauk macam nii anak2 suka pulak..makan dengan nasi panas2..memang meletop gituu..Yana punya ni versi tak pedas..yana tak ketuk cili api seperti yang diarahkan..maklumlah ada anak2 bawah umur nak makan kan ^_^


Time nak makan baru yana penyek2 cili api dengan nasi..alahaiii sedapppnyaa..tak secukup sepinggan makan nasi kalau dapat lauk macam nii~~


AYAM GORENG NYONYA
Resepi : Citarasa Istimewa Berasaskan Ayam
Sumber cuci mata : Kak Ayu & Kak Ummi

BAHAN-BAHAN:-
500gm ayam ~ dipotong sederhana
8 biji cili padi ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 sudu besar sos plum masam ~ ayu & yana guna sos plum aje tak masam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
sedikit daun kari
garam dan perasa secukupnya
minyak ~ untuk menggoreng

BAHAN PERAP:-

1 batang serai*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 cm lengkuas*
sedikit halia
( bahan bertanda* dikisar halus )
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Bersihkan ayam dan keringkan dengan kain
  2. Gaulkan dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 20 minit
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan
  4. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik baunya
  5. Masukkan ayam, sos plum masam, sos tiram dan sos tomato. Perasakan dgn garam dan serbuk perasa. Kacau sebati. Tutup api..siap untuk dihidangkan...
Selamat Mencuba :-)

2 comments:

Kakzakie said...


OK... sedap dan macam boleh buat ni. Baca resepinya pun mudah nak buat:)

Bbwana adienia said...

ratah pun sedap juga ni :)