Saturday, February 21, 2015

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah dapat bersua lagi di alam maya..tersangatlah bizi sepanjang minggu lepas..nak hupdate satu entry pun tak berkesempatan..dapat intai2 umah kengkawan pun dalam phone je..insyaAllah ada masa nanti yana singgah umah kengkawan yee..arini pun still bizi lagi..bizi layan anak2..bila cuti macam ni lah..ada2 je permintaan yang harus ditunaikan ~~


Okess pagi ni kita layan dulu Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut..resepi ulangan je nii ^__^.. Dah banyak kali yana buat..incik lalink suka sangat..Kali ni yana guna ikan tenggiri pulak..Sedap juga..Sebelum ni yana buat kurang pedas sikit sebab anak2 nak makan sama..kali ni memang kaw2 punya pedas..alahaiii memang sodappplah sangat rasanya makan bersama nasi panas..tak payah tumbuk sambal belacan dah hehee~~~


IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
Resepi : Buku Masakan Thai

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia ~ yana guna ikan tenggiri 3 keping
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.


Selamat Mencuba:-)

1 comment:

Bbwana adienia said...

wana tengok pun dah terliur ni :)