Tuesday, February 24, 2015

DAGING MASAK HALIA DAN MINYAK BIJAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Entry sepantas kilat~~Dah lama tak makan daging..wiken lepas pegi shoping barang dapur tetiba teringin nak makan..terus je beli tapi belum tahu nak masak apa..beli dan simpan jee dulu dalam freezer..memang macam tu lah selalunya..teringin nak makan tapi tak tau nak masak apa ^__^


Bila dah tak tahu nak masak apa maka resepi ini jadi pilihan..Daging Masak Halia dan Minyak Bijan..simple dan sedap..yana suka sangat sebab ada minyak bijan..alahaiii sedapp makan dengan nasi panas2..kali ni sengaja yana potong kecil2 senang nak ratah..jom semak resepinya..tq yer kak Nor..sekali lagi yana letak sini~~~


DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN

300 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan
~~~ * ~~~
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
3 ulas bawang putih ~ diketukdan dicincang
1 inci halia muda ~ dihiris
1/3 biji capsicum merah ~ dipotong panjang / dadu
1/3 biji capsicum hijau ~dipotong panjang / dadu
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
daun bawang ~ dipotong 1 inci
minyak secukupnya

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan
  2. Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 minit. Angkat dan ketepikan
  3. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar
  4. Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan
  5. Masukkan bawang besar, halia dan capsicum.Goreng seketika.
  6. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam
  7. Goreng sekejap dan masukkan sedikit air ( lebih kurang 1/4 cawan )
  8. Masukkan daging yang dah digoreng tadi dan kacau
  9. Bila kuah hampir keering masukkan daun bawang.
  10. Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2
Selamat Mencuba :-)

2 comments:

rahel said...

Sedapnya daging msk halia...ada myk bijan lg la wangi...saya suka...

tun_telani said...

kak yana cayangggg.... tun dh keluarkan daging.. hihihi... xde capsicum, lada besar pon jadi laa..