Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^
Entry pertama bulan Februari~~ dah hampir pertengahan bulan baru dapat update blog..bukan kebizian melanda tapi puan tanah serta keluarga mengalami masalah kesihatan..Hujung bulan lepas kami bercuti ke kampung..4 hari di kelantan 4 hari di kedah..Balik dari cuti terus demam batuk selesema melanda..serentak pulak tu..ibu, ayah dan anak2..memang betul2 dugaan..Kakak mia terpaksa sambung cuti sekolah lagi..Alhamdulillah..hari ni dah makin sembuh..cuma kakak mia je masih batuk..susah bebenor nak bagi makan ubat batuk..tak best katanya pedas ~~~ ^__^
Okess..pagi ni kita layan carrot cupcakes dulu..dah lama buatnya..sebelum balik kampung lagi..tibe2 teringin nak makan kek carrot..Bila dah dapat makan tu memang terasa nikmat sangat..Alhamdulillah~~
Yana suka sangat kek carrot tapi anak2 kurang suka la pulak..makan sebiji sorang jee..huhuu terpaksa lah ibu dan ayah habiskan..Hairan sungguh dengan anak2 nii..Bila masak sayur carrot laju je makan tapi dah jadi kek macam nii tak nak pulak makan..Kalau diikutkan..lagi sedap carrot ni bila dah jadi kek heheee ~~~ ^__^
Resepi cupcakes ni yana ambil kat dapur Kak Azie..memang best sangat..tak rugi mencubanya..Selepas satu hari kek ni jadi makin moist gitu..suka suka suka~~
MOIST CARROT CUPCAKES
Resepi : Azie Kitchen
BAHAN-BAHAN:-
1 lb carrots ~ parut
1 cawan walnut ~ cincang
3 biji telur A
1/2 cawan buttermilk ( 1sk jus lemon + susu )
1 sk pure vanilla extract
2 cawan gula ~ yana letak 1 3/4 cawan gula perang
1 cawan minyak sayuran
1 sb parutan kulit oren ~ yana x letak
3 cawan all purpose flour ~ yana guna tepung kek
1 sk baking soda
2 sk baking powder
1 sk garam
2 sk serbuk buah pelaga ~ yana x letak
1 sk serbuk kayu manis
CARA PENYEDIAAN:-
- Panaskan oven pada suhu 170c. Panggang walnut dalam oven selama 5 minit dan keluarkan dari oven. Sejukkan dan ketepikan. Bersihkan carrot, buang kulit dan parut
- Satukan carrot, buttermilk, minyak, gula, telur, vanilla extract dan parutan kulit oren di dalam mangkuk dan kacau sebati
- Di dalam mangkuk lain, satu dan ayakkan tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk buah pala dan serbuk kayu manis
- Masukkan tepung ke dalam adunan dan kacau sebati, Jangan terlebih kacau. Masukkan walnut dan gaul sebati secara kaup balik
- Tuangkan ke dalam cawan kertas dalam 1/2 ke 3/4 penuh selama 18-20 minit atau sehingga masak. Rotate loyang selepas 15 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan di dalam loyang selama 5 minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting
CREAM CHEESE FROSTING
1 cawan/8oz unsalted butter ~ lembut
16 oz Philadelphia cream cheese
1 1/2 cawan gula aising
CARA PENYEDIAAN:-
- Putar cream cheese dan butter dengan menggunakan kelajuan sederhana sehingga sebati
- Ayak gula aising dan kacau sebati. Sedia untuk digunakan
Selamat Mencuba :-)
2 comments:
wana pun suka sangat makan carrot cupcakes/cake ni..tambah lagi dengan chez frosting..erm, x berenti suap masuk mulut..sedap!!!! :D
Rajinnya Yana buat dlm bekas comel-comel. Cantik jadinya. Kakak buat terus tuang dlm loyang tak cantik.
Post a Comment