Monday, February 16, 2015

IKAN MASAK SOS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Ikan Masak Sos lunch kami semalam..tersangatlah sempoi resepinya tapi sedapp hokey..Rasa masam-masam manis..Anak-anak suka sangat..makan hingga menjilat jari jemari gitu ^_^


Tq kepada penyumbang resepi..lain kali kalau takde idea nak masak apa bolehlah buat lagi resepi sempoi nii..Hepi sangat kalau tengok anak2 selera makan..Lepas balik cuti aritu anak2 kurang selera makan..risau ibu dibuatnya :-( ..Tak leh nak bebel panjang..ada tugasan menanti..Semak je resepinya ^__^



IKAN MASAK SOS

2 keping ikan siakap @ ikan isi @ yg bersesuaian ~ dilumur dgn garam, kunyit, lada sulah, tpg jagung dan goreng hingga keemasan
2 @ 3 biji cili merah ~ tumbuk/blend
6 ulas bawang putih ~ tumbuk/blend
4 sudu makan sos cili ~ ikut citarasa
Air secukupnya
Garam
Gula
Serbuk perasa jika perlu

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Tumis cili dan bawang putig yang telah diblend tadi hingga pecah minyak. Kemudian tambahkan sos dan air. Biarkan mendidih.
  2. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika perlu.
  3. Bila kuahnya dah masak @ sikit pekat boleh masukkan ikan yang telah di goreng @ tuangkan kuah ke atas ikan..siap utk dihidang..
  4. Rasanya lagi sedap bila kuah meresap ke dalam isi ikan
Selamat Mencuba :-)

1 comment:

Bbwana adienia said...

Walaupun sempoi tapi kalau dah jilat jari tu mesti sedap la tu kan Kak ^_^