Tuesday, February 17, 2015

KEK BATIK ARORA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Request dari kakak mia nak kek kaler2 untuk bekal pegi skull katanya..Teringat ibu kek batik arora yang belum dicuba lagi..kek ni femes tau 3 tahun lepas..masa tu yana tengah preggy..Ramai lah kengkawan blogger yang tayang..macam2 batik yang timbul..Yana pulak masa tu takde mood langsung nak membaking..Tengok je lah hasil kejadian teman2 lain..


Happy sangat Kakak Mia tengok kek kaler2 dia..bagi dia pilih kaler pastu kacau kacau and tompok tompok dalam loyang..Makin senyum panjang bila tengok kek dia jadi ^_^


Sedap tau kek ni..yana letak 3 perisa je..strawbery, pandan dan vanila..Semerbak bau wangi satu rumah masa kek dalam oven..


KEK BATIK ARORA
Resepi : Cida
sumber cuci mata : Kak Yatie@ sinar kehidupanku


Bahan-bahan- loyang 8x8 inci

  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula castor
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 6 biji telur gred A
  • 250 gm tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 darjah celsius
  2. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
  3. Satukan tepung gandum dan baking powder, kemudian diayak- ketepikan dulu.
  4. Sementara itu, pukul mentega dan gula sehingga kembang dan memutih
  5. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
  6. Masukkan telur sebiji demi sebiji( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu biji lagi) hingga habis.
  7. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi ke dlm adunan dan pkl lagi hingga sebati.
  8. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
  9. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai. Gaul rata.
  10. Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
  11. Setiap tompokan 1 senduk
  12. Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
  13. Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna
Selamat Mencuba :-)

2 comments:

Bbwana adienia said...

Kek ni memang sedap dan kalerful..lama wana x buat kek ni..

tun_telani said...

comelnyer kaler kek kak yana nih.. tun xpenah buat lagi.. haha.. xsampai seru nk buat masa tgk org duk tayang, xtau nape. adakah faktor kedekut sayang telur? hahaha.. tun kalau resepi yg byk telur ni mmg queue last2 sket.