Friday, October 28, 2011

PASTA WITH ROASTED CHICKEN BREAST

Assalamualaikum..mood kemalasan dah melanda..rasanya lagi best dapat baring2 sambil layan muvi..pe2pun mkn tetap kna mkn kan..Lunch ari ni juz layan Simple Pasta With Roasted Chicken Breast..rs nak berwestern plak hehee..Makan sorang2 suka ati kita je lah nak mkn apa kan..seperti biasa klu ada sifat kemalasan ni yana main campak2 jee semua bahan..Lauk dgn sayur pun dh byk kehabisan..esok baru nak keluar shoping..Moh je lah kita layan.. :=)

SIMPLE PASTA WITH ROASTED CHICKEN BREAST


BAHAN-BAHAN:-
PASTA

1/2 cekak spagetti ( yana guna jenis angel hair )
2 biji bawang putih
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 kiub tom yam
1 batang serai ( dititik )
2 helai daun limau purut
2 biji cili api ( hiris halus )
Jus limau nipis
Brocoli

CARA NAK BUAT:-

  1. Rebus spagetti hingga lembut. Toskan dan gaul dgn sedikit minyak zaitun. Ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama sos cili, sos tomato dan serai. kacau kejap dan masukan cili api dan daun limau purut.
  3. Tambah sedikit je air. Masukkan kiub tomyam dan kacau lagi. 
  4. Masukkan spagetti dan juga brocoli. Gaul dan masak lagi 3 hingga 5 minit. Tutup api dan perah jus limau nipis. Sedia dihidang :-)


ROASTED CHICKEN BREAST

2 keping dada ayam
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu besar rosemary kering
1 sudu kecil oregano kering
2 biji bawang putih ( tumbuk hancur )
1/2 biji lemon ( ambil jus jer )
1 biji ubu kentang ( belah 4 )
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

CARA NAK BUAT:-

  1. Gaul ayam dan ibu kentang bersama minyak zaitun, garam, lada hitam, rosemary, oregano, bawang putih, garam dan lada hitam
  2. Perap lebih kurang 20 minit.
  3. Alaskan loyang dgn aluminium foil. bakar ayam dan ubi kentang tadi selama 45 minit pada suhu 200c
  4. Sebelum hidang perah jus lemon dan sapu sedikit minyak zaitun atas ayam dan ubi kentang. Siap untuk dimakan bersama pasta
Selamat Mencuba :=)

5 comments:

cik cek said...

emmmm...memang lapo...tgk lak makanan yg sedap2 ni...lagila tambah lapo...hu hu hu....

Liza said...

yana...tapau sepinggan...hihihi

nuwairani ismail said...

kak yana, minggu ni nani makan pasta je kejenye...dh x larat tengok pasta...tapi ayam tu larat lagi kalau orang bagi...hihih....menu campak2 pon nmpk spesel...mane de malasnye kalau dh mcm ni...

rahel said...

emmm sedapnya chicken kat pasta tu..

tun_telani said...

kak yana.. simple je.. tp nmpk sedap! ada roasted chicken lagi. meh tun temankan akak makan ^^