Friday, October 28, 2011

AYAM GORENG RANGUP DARIA

Assalamualaikum..bersua lagi kita..hujan lebat masih membasahi bumi Kepala Batas..bestnya klu dapat hirup sup kee tomyam kee tapi apa kan daya..mlm2 xleh mkn byk hahaa..

Malam ni yana nak share 1 lagi resepi ayam goreng..biasa resepi nak goreng ayam guna tepung gandum or tepung beras tapi resepi ni guna tepung ubi..mmg sedap rasa kerangupan ayam gorengnya..resepi Ayam Goreng Rangup Daria ni yana amek kat umah Kak Hasue..Mintak izin yer tuan empunya resepi Daria..yana letak kat sini pula untuk rujukan pada masa depan hehee..jom layan :=)



AYAM GORENG TEPUNG RANGUP


Bahan-bahannya:-

Bahan tepung salutan

*4 sudu besar tepung ubi ( ckp utk 3 ketul ayam )
* 1/2 sudu makan serbuk kari (yana letak 1 1/2 sudu besar)
*serbuk lada sulah
*garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil)

bahan lain

*3 ketul kepak ayam (apa2 bahagian ayam pun boleh)
*1 biji telur, dipukul sebentar
*Minyak secukupnya untuk goreng


Cara-caranya:-

1.Bersihkan kepak ayam, keringkan air ayam dengan tuala masakan.
2. Ketepikan sebentar
3.Sediakan tepung salutan. Masukkan serbuk kari, lada sulah, garam kedalam tepung. Gaul rata.
4.Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana
5.Celup kepak ayam dalam telur dan kemudian angkat kepak ayam dan masukkan kedalam salutan tepung. pastikan ia bersalut rata. Ulang sampai habis kepak ayam
6.Goreng sehingga kekuningan dan masak.
7.Angkat dan toskan dengan tisu masakan
8.Hidangkan bersama sos cili.


Selamat Mencuba :=)

6 comments:

tun_telani said...

wahh.. tun nk buat jugak niiii!!!! mmg rangup je.. aritu dh save dh resepi dr dapur kak hasue, ingat wiken ni nk beli dada ayam slice nipis goreng. x confident nk goreng ayam besar2 takut x masak kt dalam. hihi

nuwairani ismail said...

rupe parasnya memang macam ayam goreng kfc yang original tu...bestnya... dah lama tak beli ayam...

ainihussin said...

kak yana !

anda insan terpilih. ekeke~

Yana Shaiful said...

@Tun>ayam ni xbesar sgt..sbb tu cnfiden je goreng hihii..nnt bt tau..mmg sedap :=)

Yana Shaiful said...

@Nani> umah k.yana wajib kna ada ayam..ikan kdg2 jee..resepi sebijik rs mcm kfc..nnt try lah :=)

Yana Shaiful said...

@Aini> k.yana slalu dipilih hikhikk