Sunday, October 16, 2011

CUCUR BOM MANIS

Assalamualaikum..Dah malam rupanya..cepat masa berlalu..seharian duk kat umah tapi tak berkesempatan nak menjenguk dapur maya..Hari ni bermula bekpes hingga dinner semuanya tapau..Lauk pauk dh 0 dlm esbox hihii..Ekceli pagi esk yana nak blk umah mertua kat Pendang..plan nak blk pagi tadi tapi ada hal yg tak dpt dielakkan..Maka, pagi esk baru balik dan maknanya Dunia Cinta Kami jgk akan ditutup..InsyaAllah hari rabu baru kembali semula ke home sweet home..

Petang tadi dlm kebizian sempat juga yana memanaskan kuali buat BOM..hahahaa..Rasanya rmai blogger buat BOM hari ni lepas tgk tayangan Kak Anna semalam..Mmg sedap Cucur Bom Manis xmeletop ni..lembut dan gebu..rasa mcm mkn donut jee..Yana buat 1 adunan jee dan perap sejam..mulut 2 je kat umah nii yg mkn byk..bdk tecik tu menumpang mkn jee tp abis jgk 2 bijik dia telan hehee..Yana c&p je dari umah Tun..tibe je males nak menaip..ngeee :D


BOM MANIS


Bahan2 :
  • 1 sdt yis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sdb gula
  • 3 sdb susu pekat manis
  • secubit garam
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  • Campurkan yis, gula, susu & sedikit air..larutkan..Ana biar sampai pekat berbuih.
  • Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
  • Perap aduna dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng
  • Panaskan minyak masak.
  • Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.
  • Hidangkan..yummyy...

Selamat Mencuba :=)

10 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam sdp kan Yana akk pun buat utk sarapan pagi tadi..tp akk buat dlm 3 adunan mklum le penghuni kat rumah ni ramai....sdp dlmnya besarang tu yg suka ,masa grg tu naik kembung dan ringan ..esok akk nak buat lagi tau heheh

rahel said...

Mat malam Yana,cam sedap je cucur bom ni..bole wat bom k? hehehe.

quinnie said...

disana sini duk tunjuk bom ni..nasib kita dah buat..cuma tak letak kat blog je lagi..hehehhe

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, senang je kuih bom manis ni, resipi pun nak sama ngan donat ball kan. eh awalnya blk kg mertua tu, tak blk klate

izahdaut said...

la dah buat jugak ye.. akak tak perasan la pulak. n selamat bercuti cuti balik kampung ye

tun_telani said...

wahh.. kak yana nyer lagi omey dr yg tun.. xkira! x kira! nk wat lg sekali biar jd bulat2.. huhu

nuwairani ismail said...

bestnye dapat balik kg...dah termimpi2 nak balik kg ni...

kuih ni mesti rasa lemak2 manis gitu...nak try jugak la buat..

Amie said...

balik kampung ye...seronoknya! lama tak makan cucur bom manis...sedapnya kalau orang buatkan untuk kita.... dah bosan dengan hasil tangan sendiri nih....

Anna Qawina said...

Kaabbooommmm!!! Eh x meletop rupanya..hui..best kn. Buat lg dan lagi, senang nk bt tu yg akk rajin tu..hiii

Abuya Hayat said...

Suka cucur nie pasal die nampak bulat dengan dalam die nampak lembut

1Blogazine