Sunday, October 9, 2011

CENCARU MASAK KUALI

Assalamualaikum semua..n3 tengah malam sebelum nak tarik selimut hihii..Males nak bebel panjang lebar..kita layan jee menu dinner kami tadi..resepi yang dah lama tersimpan rapi akhirnya menjadi juga petang tadi.. Mmg best resepi Ikan Masak Kuali nii..ada rasa pedas, manis dan masam gitew..tgk En.H makan tanpa bersuara..Alhamdulillah..licin heheee..

Tq pada tuan empunya resepi Che'Iza MyResepi..asal namanya Kembung Masak Kuali tapi yana guna ikan cencaru..maka jadilah Cencaru Masak Kuali..klu masak dlm periuk rasanya kna tukar la kot cencaru masak periuk..hehee..jom layannzz :=)

CENCARU MASAK KUALI


BAHAN-BAHAN:-

  • 1/2 kilo ikan kembung - guna cencaru, selar , tongkol pun boleh( Yana guna cencaru )
  • 4 sudu besar cili boh/cili giling 
  • 3 ulas bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1/2 inci lengkuas - dikisar
  • 2 batang serai - dikisar
  • 1 sudu kecil halba
  • 1/3 cawan santan
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

CARA NAK BUAT:-


  1. Ikan dibersihkan dan digoreng dan kemudian ketepikan.
  2. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili boh/cili giling dan masak hingga garing.
  3. Masukkan air asam jawa dan halba, kacau sebati, jika tumisan agak kering, tambahkan sedikit air.
  4. Masukkan santan, garam dan gula secukup.
  5. Masukkkan ikan yang digoreng tadi dan sebatikan lagi, biar untuk seketika dan boleh diangkat.
  6. Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba :=)

3 comments:

quinnie said...

salam yana...kita pun suka resepi che'iza ni..tapi tah thn bila hantar laporan dulu kat myr...hehehhe..sedap sebab letak buah keras tu...:)

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Yana..
Amboiiii.. Betul2 kena siram ikan 2 ekor tu kan.. Best nampaknya tu.. Boleh cubalah nx time..

nuwairani ismail said...

cencaru boleh ke MASAK kuali? hihih...buat lawak pulak tengak2 hari ni...kat sabah ni susah nak jumpa ikan cencaru...kene balik semenanjung baru dapat makan.