Saturday, October 29, 2011

ROTI MARIAM

Assalamualaikum..ari ni mesti terasa sunyi je alam maya..umah tertutup kan..yana still jugak kna duk umah..En.H kna keje lagi ari ni..uwaaa..ku ingatkan bleh keluar cuci2 mata..lupakan dulu pasal tu, Jom bekpes dgn yana..Tadi sempat menguli tepung nak buat roti yang simple je..Roti Maryam..roti ni ala-ala roti canai gitew..bahan nak buat pun xbyk..Roti Maryam ni yana mkn dgn Kari Ayam Tanpa Santan..Pagi2 buta lg yana dh mengari..buat sikit je juz nk mkn dgn Roti Maryam..

Jom kita layan Roti Maryam..banyak keje suri rumah sedang menunggu..ngee..sebelum tu..Tq tuan empunya resepi Treat and Trick Myresepi..yana share resepi Roti Maryam kat sini pula yer..:=)

ROTI MARIAM


BAHAN-BAHAN:-

  • 2 sb mentega cair
  • 2 sb minyak
  • 1/2 cawan air suam (jgn habiskan)
  • 1/2 st garam
  • 1 biji telor (optional)
  • minyak utk menggoreng
  • 2 cawan tepung gandum


CARA NAK BUAT:-

  1.  Masukkan tepung, garam, mentega dan minyak kedalam mangkuk.
  2. Campurkan air sedikit2 (jgn semua) hingga jadi doh yg lembut. Uli 5-10 minit.
  3. Bahagikan doh kpd 4 bebola, gelekkan doh menjadi bulat setebal 1/4 inchi.
  4. Panaskan 4 sb minyak, goreng sekeping roti ini hingga kuning kedua2 belah. Tambah lagi minyak jika perlu.
  5. Goreng semua roti hingga selesai, angkat dan letakkan atas kertas dapur utk serap minyak.
  6. Hidangkan panas2 dgn dalca, kari daging/ayam. Boleh dimakan bila2 masa.
  7. Jika gunakan telur, campur dgn tepung dan bahan2 lain.

Selamat Mencuba :=)

7 comments:

Totie@Tomy said...

sedapnya roti mariam ni..makan petang pun best ni..

Amie said...

memang suri solehah ni...pepagi buta dah mengari! makan pulak dengan roti mariam...semoga amalbaik dipagi hari untuk keluarga tercinta mendapat keberkatanIlahi.

rahel said...

Salam Yana..
best gak roti mariam ni kan? pertama kali Rahel tengok..cam mana ek? tak keras ke roti tu?

EmbunRosaliza said...

Assalam yana mcm capati pun ada rupa dia ya, sedapnya bila di cicah kari ayam tu

quinnie said...

macam lempeng pun ada rupanya yana...kita kalau nak suh buah roti canai memang tak reti..tapi kalau roti cam gini memang laju je nak buat..hehehe..bebila bleh cuba...cicah ngan kari sedap ni..:)

nonierahman said...

wahhh bestnya..meroti...nonie xpernah buat roti sendiri.mcm susah jer.ngeee

nuwairani ismail said...

wah! kak yana dh tukar cat dindinglah! suke! suke!