Saturday, October 1, 2011

APPLE CRUMBLE WITH CHOC ICE CREAM

Assalamualaikum dan selamat petang semua..bestnya klu dapat keluar jln2 hari ni kan tapi En.H kena keje pula..kna duk dgn Damia lagi hari ni..ku ingatkan bleh kuar jalan2 sambil cuci mata huhuuu..xpe lah..En.H p cari rezeki kan..bkn p tempat lain pun..kejap lagi sampai la kat umah nii..ngeee..

Bila rasa boring mcm ni mula lah yana nak cari projek membizikan diri..klu x, asyik nak tido jee..mula2 pk nak buat kek..aduss tepung dgn telur xckp stok pula..nak keluar males..hmm..tgk dlm esbox still ada 3 biji epal hijau..terus pk nak bt Apple Crumble..godek2 resepi berkenan kat umah Kak Ummi Kuantan..simple je resepi..apa lagi, terus je projek jalan..hihii..bestnya dapat mkn bersama ice cream..sejuk je tekak nii..Jom layann :=)

APPLE CRUMBLE WITH CHOC ICE CREAM


BAHAN-BAHAN:-

Bahan A:
  • 4 - 5 biji epal merah.. kupas kulit n potong dadu
  • 1/2 cwn brown sugar..gula castor pun boleh.. (agak manis, next time kena kurangkn sikit)
  • 1/2 cwn kismis..ikut suka
  • sedikit serbuk kayu manis..boh klau suka
Bahan B:
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 150 gm butter pd suhu bilik
Untuk Tabur: Hirisan badam/kekacang.. ikut suka (akak letak badam hancur)
Cara Menyediakan:-
  1. Satukan semua bahan A gaul rata n masukkan dalam loyang pembakar.
  2. Satukan kesemua bahan B kecuali badam. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti.
  3. Taburkan adunan tepung tadi ke atas apple. Jangan ditekan. Taburkan hirisan badam .
  4. Bakar pada suhu 180C +/- 40 minit sehingga adunan tepung nampak keperangan.

Selamat Mencuba :=)

8 comments:

Anna Qawina said...

Yana ooo Yana..ketuk pintu nih...nak eskrim tu haa...

nuwairani ismail said...

hahah...lawak la kak anna...mentang2 dah habeh pantang, mula la nk makan eskrem...


dah lama xbeli epal sebenarnya.peti ais kecik sgt. tak muat nak simpan buah banyak sgt. ini pon antara resepi yg dh lama nani simpan, tapi belom terbuat.

Zaliedana said...

Yana,ct xpernah mkn epal2 crumble2 nih,huhu jakun toi kan..Nih baru balk sopin2,jln2,ayatbagi yana jeles,hihi..
Pstt nani,xper bli epal byk2 pastu meh tumpang pti ais kak ct eks,hihi..

Yana Shaiful said...

@Kak Anna> msk je kak..jgn malu2..kita mkn eskrim byk2.xde sape nii :=)

Yana Shaiful said...

@Nani> K.yana jarang jgk mkn buah..husben k.yana yg suka..k.yana suka mkn pisang je mcm nani hehe

Yana Shaiful said...

@Ct> yana 1st time bt apple ni.. klu nak lg sedap ct p mkn kat SR..yana suka sgt apple crumble kat SR :=)

Amie said...

kalau ada depan mata ni.... siap tak sampai 3 saat... he heheh

Yana Shaiful said...

@Kak Amie> jom kak kita abis kan hihii