Saturday, October 22, 2011

TAUHU POKET

Assalamualaikum dan salam petang sabtu..ari ni sunyi jee alam maya..ke mana semua menghilang..yana nak bagi Tauhu Poket nii hihii..Biasalah kan bila tibe wiken..masing2 bizi dgn agenda bersama family..harus xlekat kat umah kan..Yana keluar jgk tadi..ronda2 kejap sambil menjala ikan sikit..ngeee...

Petang ni sempat jgk meluangkan masa didapur memproses Tauhu Poket yang terskodeng kat umah Kak Sheila minggu lepas..kenyang betul mkn tauhu..nasib baik ari ni xmkn nasi lagi..Kenyang dgn tauhu jer..Jom je lah kita layan Tauhu Poket yg sudah kehabisan..lepas ni bleh bt lagi..Tq Kak Sheila share resepi ni and Tq jgk bt Kak Nor and tuan empunya resepi Che'Iza MyResepi ..klu Kak Sheila tak tayang minggu lepas may be tak tau pun resepi tauhu nii..


TAUHU POKET 




BAHAN-BAHAN:-
  • 5 kpg tauhu
  • 50 gm isi udang dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar didadu halus
  • 1 inci lobak merah diracik halus
  • 2 helai daun ketumbar dihiris halus
  • 2 sb telur (dlm 1/2 biji)
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/2 sk pati ikan bilis
  • sedikit garam

CARA NAK BUAT:-
  1. Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
  2. Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
  3. Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
  4. Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....

Selamat Mencuba :=)

8 comments:

nuwairani ismail said...

resepi baru ni...pasni boleh try la..dah lama nani tak beli tauhu...

rahel said...

best gak sesekali mkn tauhu poket,selalu beli jew..

Chik Mimi said...

Sedap ni yana lama akak tak buat

quinnie said...

kita pun pernah cuba resepi che'zia ni...sedap!!! tapi kita jarang buat..hehehe

Yana Shaiful said...

@Nani> skg ni k.yana slalu beli tauhu..suka pula mkn tauhu..xyah mkn nasi dh hehee

Yana Shaiful said...

@Rahel> dulu slalu je beli tauhu sumbat..xpnh plak beli tauhu poket.. tp skg ni semua nk bt sndiri..bleh mkn byk2 hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Q> yana br 1st time bt tauhu ni..xpnh tau pun hihi..mmg sedap kan..lepas ni nak bt lagi :=)

Yana Shaiful said...

@Kak Mimi> tul tu kak..mmg sedap..yana br je rasa..dulu xtau pun psl resepi ni :=)