Thursday, September 8, 2011

KERABU SAYUR SAWI & TAUGEH

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..hari ni pagi2 lagi dh dapat bersiaran..semalam xde kesempatan nak post n3..mst semua boring kan asyik duk tgk pic etok yg sungguh mengancam tu jee hehee..

Menu simple kami semalam..Kerabu Sayur Sawi & Taugeh..Ekceli, sayur ni je yg ada kat umah skg ni..so, pandai2 lah fikir nk jadikan apa sayur tersebut..boring jgk asyik bt sup sayur je lepas tu goreng..hari ni kita bt kerabu plak..untuk menjaga kesihatan yana guna susu cair yee utk gantikan santan..ceewaahh..jaga kesihatan plak, konon nk diet la tu tp melantak nasi jgk hehee..

Jom je lah layann..resepi ni yana main agak2 je tau..ikut selera masing2 nk tambah apa yg patut..hmmm..bleh plak gituu..ngeee..layannn :=)

KERABU SAYUR SAWI & TAUGEH


BAHAN-BAHAN:-

5-6 tangkai sawi ( celur kejap dan toskan )
Segenggam taugeh ( celur kejap dan toskan )
2 ulas bawang besar
1/2 labu bawang besar ( hiris )
1/2 sudu kecil lada hitam
3 sudu besar kelapa kering goreng
1 ekor ikan ( bakar dan amek isi je )
1/4 cawan susu cair ( didihkan )
3-4 biji cili api ( potong )
Jus limau nipis
Garam
Gula

CARA NAK BUAT:-


  1. Tumbuk kelapa kering goreng, isi ikan, lada hitam dan bawang merah hingga lumat/halus.
  2. Dalam mangkuk yg lain, masukkan sayur sawi dan taugeh yg telah dicelur kejap tadi.
  3. Kemudian masukkan bahan yg ditumbuk tadi dan juga cili api kedalam mangkuk sayuran. Gaul biar rata.
  4. Masukkan susu cair yg telah dididihkan terlebih dahulu dan bolehlah perasakan dgn garam dan gula. Gaul semua bahan hingga mesra.
  5. Last, perahkan sedikit jus limau nipis dan gaul lagi.
  6. Siap utk dihidangkan..
Selamat Mencuba :-)


14 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum dan selamat pagi yana...
ermm... idea yg baik tu.. gabungkan kedua2 sayur... akak x perna lg gabungkan 2 jenis sayur tu... nampak sedap tu..

Rabiatun Adawyah said...

assalamualaikum....sukanyer kerabu...tak kira kerabu aper mesti layan jer...best..hihihi

Amie said...

adeeehhh.... sedapnyalah... kalaulah ada depan mata!

Wattie said...

Assalamualaikum Yana,
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin buat Yana sekeluarga. Sedapnya nampak kerabu tu, akak suka makan meratah begitu aja, licin mangkuk akak kerjakan...hehehe

Naz said...

Assallamualaikum Yana..
Yana, kak Naz suka dgn kerabu2 ni.. Nak sikit yana..

nuwairani ismail said...

kreatip2! nak cuba jugak la!

Yana Shaiful said...

@Kak Diana: best jgk kak mkn mcm nii..rasanya klu tambah lg dgn kubis lg best..:=)

Yana Shaiful said...

@Kak Tun: sama laa kita..mmg best klu mkn cmtu jee..xsedar pun dh abis sepinggan hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Amie: hehee..nnt try lah bt kak..mmg sedap :=)

Yana Shaiful said...

@Kak Wattie: jom kita sama2 kerjakan kak..lg best mkn tnpa nasi kan.. bleh je diet hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Naz: mai la kak mkn sama..ada lg nii hehee

Yana Shaiful said...

@Nani: mst kna cuba hehee

quinnie said...

wah bagus la yana..buat sawi jadik kerabu..tak pernah makan nih..kita suka sawi...bagus betul idea nih..lain kali nak cuba jugak...:)

Yana Shaiful said...

@kak Q: ni idea mama yana..dia mmg suka mkn sayur..ari2 dia tukar menu utk sayur..anak dia pun dh terikut :=)