Tuesday, September 20, 2011

KEK COKLAT KUKUS MUNIRA

Assalamualaikum dan selamat petang semua..petang ni hujan membasahi bumi Kepala Batas..terasa sejuk jee dan akibat dari kesejukkan itu maka malesnya nak membangunkan diri..best jee dpt duk golek2 sambil tgk tv..hikhik..

Tak mau ckp byk juz nak cuci mata tgk kek coklat kesukaan ramai nii..kek ni dah abis yee..Yana bt wiken lepas..sepupu dtg dari Taiping so, buat je kek yg senang dan sedap nii..suka tgk bdk2 tu mkn smpai licin..resepi kek coklat ni yana c&p je dari umah Kak Mas..mintak izin ye tuan empunya resepi Puan Munirah Baharom dan juga Kak Mas Duniaku yana nak share sini plak..layann :=)

KEK COKLAT KUKUS MUNIRA
Sumber: Kak Mas Duniaku




BAHAN-BAHAN:-

Bahan A :
  • 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - hana gune susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
  • 1 sudu besar oren sunquits - Mas tambah
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C :
  • 4 biji telur - diblender ( yana pkai whisk je )

Cara :
  • Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
  • Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang tu  kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
  • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.
Selamat Mencuba :=)


10 comments:

anymz said...

kek kukus ni senang je nak buat kan yana?...akak pun suka gak kek munira ni..:)

Amie said...

antara bakar dan kukus... kita suka yang kukus!

tun_telani said...

uwaa... kak yana ni pakat2 ngan kak anna n kak anim ye nk tayang kek coklat?? kesian org yg tgh diet mcm tun nih. huhu

nuwairani ismail said...

kek cokelat kukus memang sedappppp!

quinnie said...

dah sihat ye yana...kita raya hari tu masak kek coklat...makan 2 potong je..yg lain kasi kat org...heheheh

Yana Shaiful said...

@Kak Anim> haah kak..senang je..yg penting mmg sedap hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Amie> betul tu kak..yana suka kuih yg kukus jgk..lembut jee :=)

Yana Shaiful said...

@Tun> org diet duk diam2 ek..tgk jee..huhuuu

Yana Shaiful said...

@Nani> mmg sedap..xmenyesal membuatnya hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Q> yana dah lama xmkn kek coklat..yg ni pun bt sbb sepupu nak dtg umah..klu x mmg xbt..yana xmkn sgt kek coklat nii :=)