Monday, September 5, 2011

SOFT PANDAN BUN~ kembali bersiaran

Assalamualaikum..rasanya belum terlambat lagi Yana nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat teman2 blogger dan juga pada yg sudi singgah di blog yg masih byk kekurangan ni..Maaf zahir batin sekiranya ada kesilapan atau kekasaran bahasa tanpa disedari sepanjang perkenalan kita di alam maya ini..

Waahh..Lama betul Yana bercuti kan..tangan ni dah xtau nak taip apa..ada byk yg nak dikongsikan kat sini tapi bila dah lama jejari mari ni bercuti maka nak citer pun ada sedikit M hehee..Yana sampai umah tengah hari semalam..byk keje umah yg perlu disetlekan dulu sebelum nak berfoya2 di alam maya nii..mmg raya sakan taun ni..6 hari kat Klate and 3 ari kat Kedah..langsung xjeling kat blog sepanjang waktu tersebut hehee..

Byk plak membebelnya pepagi nii..jom je lah kita intai roti yana buat petang semalam..mmg best mkn dgn air kopi panas dikala hujan turun dgn lebatnya semalam..resepi roti ni yana amek kat umah Kak Nor..nmpk cun je kat umah beliau tapi bila dh sampai kat umah yana ni jd kurang cun plak maklum lee org masih nk blaja hehee tapi pe2 pun roti ni mmg gebus lembut gituu..jom layannn :=)


SOFT PANDAN BUN



BAHAN-BAHAN:-

  • 250g tepung roti
  • 11/2 sudu kecil dry yis
  • 2 sudu besar marjerin@butter@shortening
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar madu - hana lebihkan sket (k.nor gantikan dgn 3 sb gula castor)
  • 150ml susu segar @ air suam
  • 2 sudu besar water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sk pandan emulco & sedikit pewarna hijau (yg ni K.Nor tambah)
CARA NAK BUAT:-

Cara jika Menggunakan Tangan
1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.
2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.

Cara BreadMaker
1.Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.
3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari.


Selamat Mencuba :=)

6 comments:

tun_telani said...

selamat hari raya kak yana =) wahh... rajinnyer dh stat meroti ye.. tun still lagi masak utk org dtg beraya. hihi

Cahaya hidup said...

one daya nak cuba meroti jugak la....

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum yana..
rajinnya meroti... cantik n gebu jer roti tu yer yana...

Yana Shaiful said...

@Tun Telani- Slamat hari Raya Tun.. tibe je mood meroti dtg ms duk kemas umah td..terus je jadik roti hihii.. umah k.yana still close lg..tgu weekend kot br kna msk utk org dtg beraya :=)

Yana Shaiful said...

@Cahaya Hidup- Yana ni pun baru je blaja meroti..nasib baik jadi hehee

Yana Shaiful said...

@K.Diana- tibe je mood meroti dtg td kak..bt je la skit2 nk minum petang hehee